• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rokok Seludup Bernilai RM830,960 Dirampas

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya merampas rokok seludup bernilai RM830,960 termasuk cukai daripada sebuah lori di Jalan Sungai Tiram di sini.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata hasil maklumat orang ramai sepasukan enam anggota dan seorang pegawai telah mengekori sebuah lori tiga tan pada 10.35 malam Selasa lepas.

“Anggota pasukan itu mengekori lori berkenaan selama 15 belas minit sehingga sampai di jalan berhampiran persimpangan Sungai Tiram. Apabila anggota cuba menghampiri, pemandu lori memberhentikan kenderaannya lalu melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 7,450 karton atau 74,500 rokok putih tidak sah berjenama Golden Deer di belakang lori berkenaan,” katanya kepada pemberita di Markas PPM Wilayah Dua, dekat sini, petang ini.

Khiu berkata pihaknya percaya rokok seludup berkenaan adalah untuk pasaran negeri ini dan kawasan lain di semenanjung.

“Ini merupakan rampasan pertama bagi tahun ini dan kita masih menyiasat dari mana rokok ini diseludup,” kata beliau sambil menambah lori berkenaan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 kerana menyeludup barang bercukai.

Tambahnya, sehingga kini terdapat lima kes bagi tahun ini berkaitan rampasan rokok tidak sah oleh PMM Wilayah Dua negeri dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan hampir RM5 juta. – BERNAMA

Tags: Rokok Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

07/04/2024
0

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan...

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

08/02/2023
0

KUALA TERENGGANU: Maritim Malaysia Terengganu mematahkan cubaan penyeludupan rokok selepas merampas 410,000 batang rokok putih yang bernilai hampir RM250,000 dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd