• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rogol Teman Wanita, Kelindan Lori Dipenjara

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang kelindan lori dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun sehingga mangsa melahirkan anak lelaki.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Shahrul Imam Abdul Rahman, 21, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah merogol pelajar tingkatan dua itu dan mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 17 Okt 2016.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Desa Mentari, di sini, pada 5 petang, 3 Mac 2016 mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Asyraf Ashy’ari Kamaruzaman memohon hukuman berat terhadap tertuduh mengambil kira kekerapan kes rogol membabitkan kanak-kanak bawah umur.

“Kejadian yang berlaku ini telah memberikan kesan terhadap anak tertuduh kerana dalam Islam status anak tersebut tidak diiktiraf,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia perlu menanggung ibu bapanya selain perlu menjaga bayi yang dilahirkan oleh teman wanitanya.

“Saya mohon diberikan peluang kedua kerana saya ingin bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Kelindan Lorikes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd