• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM2,700 Adalah Anggaran Gaji Kehidupan Wajar

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendapatan bulanan sebanyak RM2,700 yang dipaparkan Laporan Tahunan 2017 Bank Negara Malaysia (BNM) adalah aras anggaran sementara gaji kehidupan wajar bagi seorang individu bujang dewasa di Kuala Lumpur dan bukannya merujuk kepada pendapatan median.

Ketika menjelaskannya, FactWatch.my yang merupakan inisiatif BNM menyatakan, konsep gaji kehidupan wajar itu juga berbeza daripada gaji minimum dan berikutan itu, ia tidak menggantikan kewajaran gaji minimum semasa dalam lingkungan antara RM920 dan RM1,000.

“Gaji kehidupan wajar itu adalah berdasarkan pendapatan yang diperlukan untuk mengekalkan tahap sara hidup minimum yang berpatutan.

“Selain memenuhi keperluan asas, gaji kehidupan wajar itu juga membolehkan penglibatan bermakna dalam masyarakat, peluang bagi pembangunan peribadi dan keluarga serta kebebasan daripada tekanan kewangan yang serius,” katanya.

Kenyataan FactWatch.my itu sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon bahawa BNM menyarankan RM2,700 sebagai pendapatan median untuk seorang individu bujang dewasa yang menetap di bandar.

Menurut FactWatch.my, gaji kehidupan wajar itu juga berperanan sebagai garis panduan untuk majikan mempertimbangkan pembayaran gaji pekerja mengikut keperluan tahap kehidupan minimum yang berpatutan.

Bagaimanapun, kemampuan membayar gaji kehidupan wajar itu perlu dinilai mengikut produktiviti pekerja agar ia tidak diterjemahkan sebagai peningkatan kos yang tidak berpatutan dan boleh menjurus kepada kenaikan inflasi, katanya. – BERNAMA

Tags: BNMGaji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

79 Terbunuh, Ratusan Cedera Ribut Pasir Di India

Next Post

Kaum India Semakin Susut Sektor Awam Selangor

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

05/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Next Post

Kaum India Semakin Susut Sektor Awam Selangor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd