• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Terus Menyusut Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang dicatat pada Jumaat lalu apabila dibuka lebih rendah hari ini susulan kekurangan permintaan di pasaran apabila pelabur beralih kepada dolar berikutan peningkatan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 3.9730/9780 daripada 3.9700/9740 yang direkodkan sewaktu ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Dagangan OANDA bagi Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata kenaikan harga minyak antara AS$70 dan AS$80 satu tong mencetuskan kecenderungan ke arah inflasi di Amerika Syarikat dan mendorong peningkatan hasil, sekali gus mengukuhkan lagi dolar AS.

“Perkembangan ini akan terus memberi tekanan terhadap ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9559/9600 daripada 2.9523/9557 manakala berbanding yen, ia turun kepada 3.5773/5828 daripada 3.5769/5815 yang dicatat Jumaat lepas.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3469/3540 daripada 5.3516/3577 dan naik berbanding euro kepada 4.6663/6738 daripada 4.6751/6806, sebelum ini. – BERNAMA

Tags: dolarringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd