• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Lemah Berbanding Dolar AS, Yen

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini disebabkan kekurangan permintaan terhadap mata wang tempatan itu, kata peniaga.

Pada 9.02 pagi, ringgit disebut ada harga 3.9900/9930 berbanding 3.9800/9850 penutup Isnin.

Pasaran ditutup Selasa kerana cuti Hari Wesak.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata pergolakan politik Itali kekal tumpuan utama dan menyebabkan aset berisiko bergetar yang kebiasaannya diterjemahkan kepada kejatuhan serantau.

Pasaran di Indonesia, Thailand, Malaysia dan Singapura kembali dibuka selepas cuti Hari Wesak, dan pasaran dijangka menyaksikan peningkatan, katanya.

Katanya, drama politik di Eropah menarik turun harga minyak apabila pasaran dibuka, ketika mana ramai mempertikaikan jalan cerita pertumbuhan global.

“Ringgit akan terus di zon tiada perdagangan bagi pelabur asing berikutan kurangnya minat bagi bon dan saham Malaysia sebelum krisis politik di Itali dan faktor lain,” katanya.

Dolar AS dijangka mengukuh Jumaat ini apabila Rizab Persekutuan mengambil satu lagi langkah menormalisasikan kunci kira-kira, katanya.

Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding mata wang utama lain, kecuali yen.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.2856/2899 daripada 5.3037/3116 dan mengukuh berbanding euro pada 4.6021/6063 daripada 4.6435/6505 Isnin.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9648/9677 berbanding 2.9690/9739 tetapi susut berbanding yen kepada 3.6781/6819 daripada 3.6370/6419. – BERNAMA

Tags: dolar AmerikaRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Dua Tahun Lalu, Ibu Syafiq Orang Paling Sedih

Next Post

Sagu Hati RM500 Kepada Penjawat Awam Kelantan

Related Posts

Harga Minyak Naik, Tapi RM Semakin Lemah – Mengapa?

04/06/2022
0

Ini adalah graf Ringgit Malaysia berbanding USD (merah) bersama graf harga minyak dunia (biru). Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Sejak dari dulu lagi,...

Ringgit Terus Merosot Pada Pembukaan

17/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan aliran penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, berikutan kebimbangan mengenai pandemik...

Next Post

Sagu Hati RM500 Kepada Penjawat Awam Kelantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd