• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
01/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan pemulihan permintaan terhadap unit tempatan itu serta seiring dengan prestasi pasaran ekuiti yang lebih baik, kata seorang peniaga.

Pada 9.01 am, unit tempatan itu disebut pada 3.9800/9850 berbanding 3.9870/9900 sewaktu ditutup pada Rabu.

Seorang peniaga berkata pasaran saham dan tukaran asing kembali meningkat berikutan kemelut politik Itali yang semakin reda.

Sebahagian daripada pemulihan itu didorong oleh laporan bahawa dua parti terbabit kini berusaha untuk membentuk kerajaan, sekali gus mengelak negara itu kembali ke medan pilihan raya untuk kali kedua, tahun ini.

Menurutnya, aliran yang cenderung kepada aset selamat turut susut pada Rabu apabila euro kembali menokok hampir 1.0 peratus berbanding dolar AS dan mengatasi semua kerugian dialami pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata ringgit didagangkan dalam keadaan perlahan namun terikat dengan risiko di peringkat global.

“Faktor luaran akan terus mempengaruhi prestasi ringgit dalam masa terdekat ini. Data bukan penggajian AS yang akan diumumkan pada Jumaat ini berkemungkinan besar akan menentukan hala tuju dolar AS,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia rendah berbanding pound Britain kepada 5.2906/2989 daripada 5.2904/2963 dan susut berbanding euro pada 4.6403/6469 daripada 4.6301/6344 pada Rabu.

Ringgit bagaimanapun tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9713/9754 daripada 2.9714/9741 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6608/6664 daripada 3.6645/6680, semalam. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd