• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayna Cipta Kejutan Raih Gangsa Pada Kejohanan Asia

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gimnas remaja Malaysia, Rayna Hoh Khai Ling mencipta kejutan apabila meraih pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-16.

Pada kejohanan berlangsung di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur itu, gimnas negara berusia 15 tahun itu mengumpul 54.550 mata dalam acara all-around individu.

Seperti dijangka gimnas Uzbekistan Ekatarina Fetisova memenangi pingat emas selepas mengumpul 57.000 mata, manakala rakan senegaranya Lola Zakirova meraih perak dengan kutipan 55.650 mata.

Seorang lagi gimnas Malaysia dalam saingan melibatkan 16 peserta itu, Iris Hoo Xin En menamatkan kempen di kedudukan ke-15 dengan 46.550 mata.

“Saya tidak menjangka dapat memenangi pingat dalam acara ini keranan saingan cukup sengit. Saya sudah cuba memberi yang terbaik dan tiada apa-apa hendak diperkatakan.

“Saya sepatutnya boleh melakukan yang terbaik. Pencapaian terbaik saya ialah pada Sukan Komanwel Belia 2016 di Namibia dengan memenangi empat pingat emas dan satu perak,” kata pelajar Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas itu.

Cabaran Rayna seterusnya adalah dalam apparatus individu final esok.

“Saya tidak menetapkan sebarang sasaran. Saya hanya mahu menampilkan aksi terbaik dan melakukan rutin dengan sempurna,” katanya.

Dalam saingan hari ini, Rayna mengutip 13.850 mata dalam apparatus gelung dan 14.300 mata bagi apparatus bola.

Sementara dalam belantan dan riben, Rayna mengutip masing-masing 13.200 mata untuk jumlah keseluruhan 54.550 mata.

Dalam pada itu, pasukan gimnas remaja Malaysia terlepas peluang meraih pingat gangsa acara lima gelung berkumpulan apabila menamatkan cabaran di kedudukan keempat selepas mengumpul 11.950 mata.

China memenangi pingat emas dengan 14.850 mata, manakala Kazakhstan dan Jepun masing-masing meraih perak dan gangsa dengan kutipan 13.100 dan 12.350 mata. – BERNAMA

Tags: gimnas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gimnas Kebangsaan Berkongsi Pingat Emas

18/09/2018
0

IPOH – Dua gimnas kebangsaan, Siti Nur Bahirah Husniah Ahmad dan Greanie Ng berkongsi pingat emas dalam acara keseluruhan individu...

Lagi Kejutan Gimnas Malaysia Di Kejohanan Asia

02/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Skuad gimnastik berirama senior negara mencipta satu lagi kejutan apabila memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd