• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Tak Tahu ‘Titik Buta’ Kenderaan Berat

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lebih 80 peratus pengguna jalan raya di negeri ini tidak tahu tentang ‘titik buta’ yang ada pada kenderaan berat sehingga mengundang kecelakaan terutamanya semasa musim perayaan, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Chan Pei Hong.

Beliau berkata antara ‘titik buta’ yang tidak diketahui pemandu kenderaan dan penunggang motosikal ialah apabila memintas kenderaan berat tersebut.

“Setiap kenderaan ada titik buta sendiri, namun treler, bas dan lori kontena mempunyai titik buta yang sangat besar di mana pemandunya tidak boleh melihat kenderaan lain yang sedang memotong atau mengikutinya dengan terlalu rapat.

“Jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga, pasti kemalangan maut boleh berlaku,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Walaupun kes kemalangan yang membabitkan kenderaan berat masih kecil berbanding kes melibatkan motosikal dan kereta, beliau berkata ia tidak harus dipandang remeh oleh kerajaan.

Pei Hong berkata pada 2016, Kedah mencatatkan 236 kes kemalangan membabitkan kenderaan berat berbanding 250 kes pada 2014 dan 226 kes pada 2015.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memintas kenderaan berat dan memberikan ruang mencukupi untuk lori membelok dengan selamat dan menunggu dengan sabar apabila lori mengundur,” katanya.

Selain itu, beliau meminta pemandu kenderaan berat dan kenderaan lain supaya sentiasa membuat pemeriksaan teliti terhadap sistem brek, lampu sisi dan lampu belakang kenderaan agar berfungsi dengan baik pada sebelah malam. – BERNAMA

Tags: pengguna jalan raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyelenggaraan Jalan LPB Untuk Keselesaan Agong, Pengguna Jalan Raya

Penyelenggaraan Jalan LPB Untuk Keselesaan Agong, Pengguna Jalan Raya

24/08/2023
0

PUTATAN : Kerja-kerja penyelenggaraan jalan di laluan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah telah siap dan bersedia untuk digunakan oleh Yang...

Banjir: 200 Pengguna Jalan Raya Terperangkap 24 Jam

16/12/2019
0

KOTA TINGGI - Kira- kira 200 pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Jalan Kota Tinggi- Mersing terperangkap sejak 24 jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd