• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Marah Malindo Air Punca KLIA Jadi Lebih Teruk

oleh
30/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN inilah syarikat penerbangan paling pelik statusnya di dunia sehingga mencetuskan isu perdebatan bukan sahaja di media massa tempatan, malah dipersoalkan dalam Parlimen sendiri.

Lucunya, sehingga kini kehadiran Malindo Air menjadi polemik kerana ia pernah beroperasi di KLIA pada 2013 iaitu setahun selepas ditubuhkan sebelum berpindah ke KLIA2 dan kemudian sekali lagi balik ke KLIA pada 2016 lepas.

Justeru, operator udara yang diwujudkan oleh induknya, sebuah syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Indonesia, PT Lion Group pernah diragui statusnya apabila mendakwa kononnya ia bersifat sebagai hybrid carrier.

Hakikatnya, dalam industri penerbangan komersial antarabangsa hanya ada dua kategori syarikat iaitu sama ada tambang murah atau disebut juga bajet dan syarikat servis penuh atau turut dikenali sebagai operator premium.

Tidak hairanlah Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Ruslan Kassim tahun lalu menempelak Kementerian Pengangkutan kerana tidak tegas dalam isu Malindo Air menyebabkan kerajaan kerugian RM70 juta.

Organisasi itu bahkan mempersoalkan status lesen operasi Malindo Air yang sebenarnya sebuah syarikat luar dan dimiliki warga asing tetapi mendapat banyak keistimewaan di Malaysia seumpama bertaraf operator tempatan pula.

“Isu ini menimbulkan keraguan apabila Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dikatakan ada membenarkan syarikat itu tidak perlu bayar hutang sehingga RM70 juta. Apa yang berlaku adalah amat mengecewakan rakyat.

“Sikap berat sebelah MAHB dan Kementerian Pengangkutan dilihat sanggup membawa syarikat warga asin­g masuk ke KLIA untuk bersaing dengan syarikat tempatan sebenarnya boleh menjejaskan operator negara ini,” jelas Ruslan.

Lebih buruk lagi, Malindo Air menyebabkan ‘kesesakan teruk’ di KLIA apabila bersaing tidak sihat dengan syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) sendiri sehingga tercalar imej negara di peringkat global.

Perkara ini turut dibangkitkan Presiden Malaysian Institute of Corporate Governance, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas yang menyifatkan Malindo Air sebagai cuba sengaja buat ‘kacau daun’ industri penerbangan tempatan.

“Ini bukan sahaja tidak adil kepada pihak MAB bahkan AirAsia yang beroperasi di KLIA2 kerana mereka berdepan pertandingan ‘berat sebelah’ melibatkan kemasukan pemain asing yang lebih kukuh kedudukannya,” kata beliau.

Megat Najmuddin dipetik media tempatan pada tahun lalu turut menyarankan agar Malindo Air tidak wajar dapat beroperasi di terminal itu sebagai hub utama kerana ia cuma bertaraf sebagai syarikat tambang rendah dari luar.

Beliau juga menzahirkan kebimbangan isu Malindo Air boleh mengganggu hubungan diplomatik Malaysia dengan Indonesia kerana pemegang saham terbesarnya kebetulan ialah Duta Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana sendiri.

Malindo Air kini telah menambahkan penerbangannya dan yang menjadi perhatian ramai pihak apabila kesesakan di KLIA menyebabkan ramai penumpang menunggu lebih dua jam untuk bagasi mereka.

Dan sistem bagasi KLIA1 yang masih belum dinaik taraf sejak mula digunakan hampir 20 tahun dahulu berbanding dengan KLIA2 yang dilengkapi dengan sistem lebih moden walaupun caj perkhidmatan penumpangnya tetap sama.

Disebabkan ini, tempiasnya bukan sahaja kepada MAB tetapi syarikat penerbangan lain yang beroperasi di sana.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai pihak apabila masalah tersebut rupa-rupanya berpunca daripada operasi Malindo Air dikatakan tidak cekap terutama isu bagasi menyebabkan ramai penumpang menunggu lebih dua jam.

Maka tidak peliklah ada juga pihak mula lantang mahukan Malindo Air dikeluarkan terus daripada KLIA kerana isu remeh tersebut mengakibatkan MAHB pula dipandang sebagai tidak efisien.

Untuk berlaku adil, dalam struktur pentadbiran, sesiapa yang datang terakhir adalah pertama dibuang dan Malindo Air kebetulan pemain terakhir menjadikan KLIA sebagai hub, sewajarnya ia juga paling awal perlu dinyah keluar.

Mungkin, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) boleh jadi ‘pengadil’ untuk menilai status sebenar Malindo Air dan memastikan kepentingan negara di KLIA dipelihara daripada ancaman pihak luar yang ambil kesempatan. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd