• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pukul Dan Ugut: Pemandu Lori Dipenjara 6 Bulan

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul dan mengugut bunuh pasangan kekasih menggunakan topi keledar awal tahun ini.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhi hukuman penjara enam bulan ke atas S. Sasikumar, 34, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan K. Vimithulai Nathan, 22, dengan memukul lelaki itu menggunakan topi keledar di bahagian telinga.

Bapa lima anak itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sasikumar turut dihukum penjara enam bulan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap R. Kalaivani, 24, dengan mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap wanita itu iaitu “Jika kamu datang lagi, you punya adik nanti kami bunuh dan tanam” mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah kilang di Jalan Tandang, di sini, pada 11 malam, 6 Jan lalu.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 8 Jan lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman sewajarnya mengambil kira kecederaan dan trauma yang dialami kedua-dua mangsa namun tertuduh yang diwakili peguam Mohd Syazwan Mohd Hassan merayu hukuman penjara minimum dengan alasan tertuduh telah insaf dan menanggung keluarga. – BERNAMA

Tags: Kes Ugutpemandu lori
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

31/08/2025
0

KAJANG: Pemandu lori yang terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal di Kilometer 292.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah ibu negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd