• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Sekat Pengaruh Golongan Anti-Islam

oleh Haris
01/05/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLONGAN liberal anti-islam telah tekad untuk melebarkan lagi pengaruh mereka melalui calon-calon Pakatan Harapan (PH) yang berkongsi agenda mereka.

Mereka bersatu dalam satu kerjasama politik walaupun ada perbezaan di kalangan mereka, ada yang mewakili gereja, dan ada yang mewakili kumpulan liberal yang menolak noram-norma masyarakat setempat.

Inilah yang perlu diberi perhatian oleh orang Islam, supaya tidak tertipu dengan propaganda memburukkan kerajaan pimpinan orang Melayu Islam yang sebenarnya bermatkamat memajukan agenda anti-Islam mereka.

Dalam kumpulan mereka, ada kelompok seks songsang yang kini diberi nama LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), ada Kristian Evangelical, liberal yang menolak institusi agama seperti jabatan agama negeri-negeri, Jakim, malah menolak sistem Mahkamah Syariah.

Aktivis LGBT meraikan kejayaan mereka dalam satu kes syariah.

Dalam setiap peluang yang ada, mereka mempromosikan fahaman dan gaya hidup liberal ini termasuk kepada orang Melayu, supaya penyokong mereka ada daripada kalangan orang Melayu sendiri.

Mereka terang-terangan menolak kuasa raja-raja Melayu yang agama Islam di bawah bidang kuasa institusi ini.

Golongan anti-Islam ini melakukannya dengan cara langsung dan tidak langsung, dan sekali-sekala ucapan mereka itu terlepas dan sampai kepada umum.

Salah satu yang kerap diserang ialah Jakim yang didakwa tidak perlu, membazir dan membawa fahaman Islam yang melampau.

Menjadi matlamat mereka menghapuskan semua institusi agama Islam ini supaya Islam tidak ada tempat lagi dalam institusi negara.

Sekiranya berjaya, tidak ada apa yang boleh dilakukan lagi oleh orang Islam untuk mengembalikan institusi-institusi ini.

Satu kenyataan provokasi seorang peguam tentang institusi agama Islam.

Program mereka untuk menghapuskan institusi agama itu bermakna semua hal ehwal agama, daripada peruntukan untuk membina masjid, menyusun amalan agama daripada solat hingga hal perundangan tidak akan termasuk dalam agenda negara.

Hal ehwal orang Islam ini akan terpaksa dilakukan sendiri oleh orang Islam seperti yang berlaku sekarang di Singapura.

Tidak ada bajet dan peruntukan seperti di Malaysia, aktiviti korban Aidil Adha menjadi lebih sukar, dan semua kegiatan agama umat Islam diawasi dengan ketat.

Kerana matlamat inilah, mereka mahu orang Melayu menolak semua parti yang mempertahankan kedudukan istimewa Melayu dan Islam.

Kerjasama antara UMNO dan PAS untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan kedudukan Mahkamah Syariah mereka tentang kerana ini mewakili satu kerjasama merentasi parti yang boleh memajukan lagi kedudukan agama Islam.

Kerana matlamat anti-Islam mereka inilah, mereka menyokong parti-parti politik seperti Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sedia bersama agenda mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

PAN telah mereka cucuk hidung hingga sanggup menentang keras sebarang usaha mempertahankan dan memajukan kepentingan Islam.

PPBM pula digunakan untuk menarik undi Melayu daripada UMNO supaya dapat membantu mengukuhkan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP itu.

DAP mempunyai kerusi paling banyak, manakala PAN dan PPBM akan dipaksa mengikut agenda yang telah disusun DAP, yang sejak awal lagi sudah mengumumkan pelantikan menteri dari kalangan mereka.

Mereka sendiri telah mengakui mempergunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menarik orang Melayu menyokong PH.

Orang Melayu perlu sedar perancangan ini, yang telah dirancang lama sebelum ini dan diperolehi sedikit demi sedikit dalam setiap pilihan raya umum. – Mynewshub.cc

Tags: LGBTliberalpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Mana Ada Seksi, Saya Masih Boleh Berfikir” – Nita

Next Post

Apa Jua Keputusan, Anuar Zain Tetap Sokong Ziana

Related Posts

LGBT Takut Polis, Enggan Lapor Jenayah Keganasan – Aktivis

LGBT Takut Polis, Enggan Lapor Jenayah Keganasan – Aktivis

22/01/2024
0

Golongan LGBT yang menjadi mangsa keganasan atau diskriminasi lebih suka menderita dalam diam kerana melaporkan kepada pihak berkuasa adalah sesuatu...

Orang Ramai Kurang Selesa Lihat 7 Lelaki Berhimpun Pegang Sepanduk LGBT

Orang Ramai Kurang Selesa Lihat 7 Lelaki Berhimpun Pegang Sepanduk LGBT

30/07/2023
0

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial apabila kira-kira tujuh individu dilihat mengadakan perhimpunan aman Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender...

Next Post

Apa Jua Keputusan, Anuar Zain Tetap Sokong Ziana

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd