• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Polis Terima 1,069 Laporan, 17 Tangkapan

oleh Ahmad Albab
07/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Polis menerima 1,069 laporan membabitkan 17 tangkapan di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sejak 28 April hingga Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata daripada jumlah itu, 131 laporan diterima di negeri ini dengan satu tangkapan di Bongawan membabitkan penyamaran sebagai penjawat awam.

Katanya tiada kejadian serius berlaku dan keadaan keselamatan sepanjang kempen PRU14 ini adalah terkawal.

“Kita akan pantau secara berterusan sehinggalah proses membuang undi selesai pada Rabu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan Program Tinjauan Mesra di Flat MPS Karamunting di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Mohamad Fuzi berkata terdapat 150 individu yang berpotensi mencetuskan kekecohan pada PRU14 dipantau di Sabah, daripada 1,131 individu yang dipantau di seluruh negara.

“Ada antara individu tersebut kita ketemu untuk berbincang agar tidak melakukan perkara yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan khususnya berkaitan PRU14 ini. Ada selebihnya individu itu kita masih pantau,” katanya.

Beliau berkata polis akan terus siap siaga sepenuhnya menghadapi apa juga situasi yang akan mengancam keselamatan terutamanya bagi tempoh dua hari kempen PRU14.

Dalam pada itu, beliau menyeru mereka yang terlibat dalam politik dan penyokong untuk sama-sama memastikan perjalanan PRU14 berlangsung dalam suasana aman dan terkawal.

Justeru, katanya, mereka diminta tidak emosi dan melakukan tindakan yang boleh mengganggu-gugat pelaksanaan PRU14 ini dan juga keselamatan setempat. – BERNAMA

Tags: PRU14Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU14: PDRM Hantar 10,939 Anggota Ke Kontinjen

Next Post

Rakyat Selangor Yakin BN Bangun Rumah Mampu Milik

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

Next Post

Rakyat Selangor Yakin BN Bangun Rumah Mampu Milik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd