• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Priyanka Gesa Dunia Bantu Kanak-Kanak Rohingya

oleh AK-47
23/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Bintang Bollywood, Priyanka Chopra menggunakan kemasyhurannya bagi menarik pemimpin dunia dan peminatnya terhadap nasib malang menimpa kanak-kanak pelarian Rohingya.

Dalam tulisan di Instagram rasminya, beliau menulis: “Pada suku kedua 2017, dunia menyaksikan imej mengejutkan pembersihan etnik dari Negeri Rakhine di Myanmar.

“Keganasan itu memaksa hampir 700,000 Rohingya lari menyeberangi sempadan ke Bangladesh – 60 peratus adalah kanak-kanak!”

Priyanka yang juga Duta Muhibah Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) melancarkan lawatan empat hari berjumpa kanak-kanak Rohingya di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Kelmarin, beliau tiba di ibu kota ini untuk menyaksikan sendiri kehidupan malang kanak-kanak Rohingya dan memantau situasi di kem.

Lawatan lapangan Priyanka bersama UNICEF bermula awal pagi apabila beliau melawat kem Hariakhali di daerah kecil Teknaf di Cox’s Bazar, satu daripada pintu masuk utama pelarian Rohingya.

Beliau bercakap dengan kanak-kanak Rohingya, bertanya mengenai keadaan hidup, sekolah di kem dan jika mendapat pemvaksinan wajar.

“Dunia perlu peka. Kita perlu peka. Kanak-kanak ini adalah masa depan kita. Tolong beri sokongan anda di www.supportunicef.org,” tambah Priyanka dalam tulisan di Instagram.

“Beliau berada di sini untuk meningkatkan kesedaran global terhadap isu pelarian kanak-kanak Rohingya,” kata jurucakap UNICEF di Cox’s Bazar, Benjamin Steinlechner.

Priyanka akan kembali ke ibu kota ini esok selepas tamat kunjungan ke kem pelarian, kata Steinlechner kepada Arab News.

Semalam, Priyanka bertemu kanak-kanak Rohingya di kem Unchiprang, ketika ini menempatkan 30,000 pelarian Rohingya. – Agensi

Tags: Pelarian RohingyaPriyanka Chopra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Sedia Bantu JIM Kesan 60 Pelarian Rohingya

31/05/2022
0

Kuala Lumpur : Polis Kuala Lumpur bersedia membantu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan baki 60 pelarian etnik warga Rohingya yang...

KDN Pergiat Buru 60 Pelarian Rohingya Lolos Depot

28/05/2022
0

KLANG : Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat usaha memburu 60 pelarian Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Sementara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd