• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Portal Manipulasi Kenyataan Saya” – KJ

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyelar artikel yang disiarkan sebuah portal yang mendakwa beliau akhirnya memecahkan rahsia mengenai syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, beliau menafikan laporan yang disiarkan vharian.blogspot.my bertajuk ‘Memang ada petanda Najib menyeleweng – KJ akhirnya pecah rahsia 1MDB’.

Katanya, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian sebaliknya kenyataan asal menerusi temubual bersama Channel News Asia (CNA) dimanipulasi oleh portal berkenaan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan itu kerana ia bersifat fitnah dan dilihat cuba melaga-lagakan saya dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam temubual dengan CNA beberapa hari lalu, saya ada menyebut seluruh kepimpinan dan ahli UMNO serta BN telah terkhilaf dengan tindakan kami yang gagal menasihati Najib mengenai penolakan rakyat terhadap gagasan politik yang diketuai beliau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Itulah petanda penolakan yang saya maksudkan, dan tidak pernah sesekali saya mengatakan bahawa saya telah nampak penyelewengan dalam hal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti tajuk berita portal terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau juga menegaskan pihak polis sedang melakukan siasatan menyeluruh terhadap kes terbabit dan Najib sebagai bekas Perdana Menteri wajar dihormati selagi tidak didapati bersalah.

Khairy berkata, selaku Pengerusi Pemuda BN, beliau menyeru semua pihak supaya tidak menerbitkan berita atau kenyataan palsu berkenaan 1MDB. – BH ONLINE

Tags: Khairy Jamaluddinportal berita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd