• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia FIFA 2018 Disiar Secara Langsung Di RTM

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung pertandingan bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 secara percuma, demikian diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di Perdana Putra di sini, Gobind berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Ya, kami membincangkannya dan Kabinet bersetuju bahawa kami akan menyiarkan Piala Dunia secara langsung melalui RTM1.

“Kos dan bagaimana kami akan menanganinya, saya fikir perkara ini akan dibincangkan oleh Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) esok,” katanya.

Menjawab satu soalan sama ada siaran secara langsung Piala Dunia sebagai hadiah kepada rakyat memandangkan Pakatan Harapan (PH) telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Gobind berkata ia adalah atas permintaan rakyat.

“Permintaan itu dimaklumkan kepada saya. Jadi, saya telah membawanya ke Kabinet dan Kabinet telah membuat keputusan,” katanya.

Antara mereka yang mengemukakan cadangan agar pertandingan bola sepak Piala Dunia itu disiarkan secara langsung adalah Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Ditanya sama ada kementerian akan berbincang dengan para pengiklan untuk mengiklan di RTM1, Gobind berkata: “Itu adalah aspek yang saya fikir akan disentuh Menteri Kewangan, esok,” katanya.

Sebanyak 32 pasukan akan bertanding untuk menjadi juara Dunia dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia yang diadakan di Rusia mulai 14 Jun hingga 15 Julai. – BERNAMA

Tags: FIFARTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keropok Lekor ‘Gasi’ Bazar Ramadan Batu Buruk

Next Post

Wanita Bunuh Diri Selepas Ovari Dibuang

Related Posts

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

TMJ Adakan Pertemuan Dengan Presiden FIFA

TMJ Adakan Pertemuan Dengan Presiden FIFA

18/12/2024
0

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino di Doha,...

Next Post

Wanita Bunuh Diri Selepas Ovari Dibuang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd