• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Terdesak Sehingga Gunakan Nik Omar

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS Selangor menyifatkan tindakan PH menggunakan anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz untuk ‘mencuri’ undi penyokong parti Islam itu sebagai langkah yang terdesak.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata ini kerana ‘anasir’ seperti itu langsung tidak menggugat sokongan pengundi PAS di Selangor kerana mereka yakin dengan persona keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mampu berjuang dalam politik.

Tambahnya, tidak semua anak-anak pemimpin parti mampu menyinar dalam dunia politik dan menyifatkan penyertaan Nik Omar dalam PH sebagai langkah yang salah, dengan calon PKR DUN Chempaka Kelantan itu pasti menyesali tindakannya suatu hari nanti.

“Kenapa (PH) perlu gunakan Nik Omar sedangkan dia tiada jawatan dalam Pakatan Harapan mahupun Amanah malah beliau juga kata beliau bertanding sebagai sahabat PH.

“Kita (anggota PAS) tahu apa yang berlaku, apa susur galurnya, siapa ambil kesempatan dan siapa anggota keluarga Tuan Guru (Nik Abdul Aziz) yang mampu berjuang dalam politik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, PAS Selangor amat kesal dengan tindakan Nik Omar menyertai PH sehingga dipergunakan pihak tertentu selain sanggup turun ke Selangor bagi membantu kempen di Shah Alam.

Mengulas mengenai tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sering mengkritik PAS dalam kempennya, Roslan Shahir hanya tersenyum sambil menyindir “dia tahu PAS mampu menang, sebab itu dia lebih mengetengahkan isu PAS berbanding BN.”

Sikap Mohamed Azmin itu katanya, dilihat seperti “kacang lupakan kulit” kerana kedudukannya sebagai menteri besar dahulu adalah hasil undian PAS .

Roslan Shahir berkata calon DUN Bukit Antarabangsa itu patut muhasabah diri dan melihat tindakannya sepanjang menjadi Menteri Besar kerana gagal mempertahan kepentingan umat Islam semasa isu penganjuran pesta arak suatu masa dulu selain membenarkan percambahan rumah-rumah urut di Selangor. – BERNAMA

Tags: Nik Omar Nik Abdul Azizpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd