• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Berdepan Masalah Jika Mahu Tubuh Kerajaan

oleh AK-47
09/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pakatan Harapan dijangka berdepan masalah untuk menubuhkan kerajaan jika mereka menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, kata Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh, yang juga penyandang kerusi Parlimen Gua Musang berkata ia berikutan gabungan parti itu tidak pernah didaftarkan secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Walaupun mereka bersetuju untuk menggunakan satu simbol yang sama pada pilihan raya kali ini, mereka tetap daripada parti berbeza, dan DAP tetap menggunakan simbol mereka untuk bertanding di Sabah dan Sarawak.

“Pakatan Harapan juga tidak mendukung dasar yang sama antara mereka. Kalau sampai ke peringkat nak tubuh kerajaan kumpulan mana yang akan dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong nanti,” katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini, malam ini.

Justeru, beliau menyeru pengundi supaya membuat keputusan bijak dengan memilih parti mempunyai asas dan dasar kukuh bagi mengelak sebarang masalah yang bakal timbul daripada perkara tersebut.

“(Bertanding satu) simbol sahaja tidak membayangkan hasrat parti lain sehingga kumpulan tersebut didaftarkan sebagai sebuah parti didukung secara bersama seperti yang berlaku kepada Barisan Nasional (BN).

“Justeru, rakyat perlu berfikir…tak boleh ambil kumpulan berdasarkan angka (jumlah dalam pakatan) tetapi ia perlu sahih (sah di sisi undang-undang) dan turut mempunyai keyakinan ahli-ahli lain (dalam kumpulan tersebut),” katanya. – BERNAMA

Tags: Tengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Masalah Negara Bukan Diselesai Turun Naik Individu

Next Post

Video Lama Sesak Malaysia-Singapura Disebar Semula

Related Posts

Ku Li Letak Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

22/09/2021
0

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa Isnin...

“Berdoalah Agar Gaji Mereka Dibayar Separuh Dari Kabinet Mahiaddin”

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketika pengumuman kabinet baru oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini terus berdepan dengan kesangsian sesetengah pihak, seorang...

Next Post

Video Lama Sesak Malaysia-Singapura Disebar Semula

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd