• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petisyen Hadiah Nobel: “Saya Tidak Begitu Mulia”

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – “Saya tidak begitu mulia”…itulah jawapan ringkas dan spontan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila ditanya mengenai usaha melobi namanya sebagai penama bagi Hadiah Keamanan Nobel tahun ini.

Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu selama tiga jam di ibu pejabat PPBM di Menara Yayasan Selangor, dekat sini, hari ini.

Satu petisyen dalam talian telah dimulakan Sabtu lalu buat Dr. Mahathir untuk dipertimbangkan sebagai penama bagi Hadiah Keamanan Nobel tahun ini.

Petisyen tersebut telah dimulakan oleh Alexandria Abishegam yang merasakan bahawa Dr. Mahathir telah memberi inspirasi kepada jutaan pengundi pada PRU14 bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kuasa persekutuan dengan cara aman tanpa keganasan.

BN yang memerintah negara selama 61 tahun telah dikalahkan oleh gabungan PH, hasil pimpinan Dr. Mahathir yang kembali ke dunia politik pada usia 92 tahun.

Petisyen yang menggunakan platform Change.org itu turut membandingkan Dr. Mahathir dengan pejuang revolusi antiapartheid iaitu tokoh Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Sejak dimulakan petisyen untuk ditujukan kepada Yayasan Nobel, ia telah menarik sokongan daripada sejumlah 26,300 penandatangan. – BERNAMA

Tags: hadiah nobelMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd