• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Swasta Miliki Alat Pemancar Didenda RM9,000

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang pesara swasta RM9,000 atas dua kesalahan kerana memiliki alat pemancar audio video tanpa wayar yang tidak diperakui hingga menyebabkan gangguan frekuensi di kawasan sekitar kejadian, tiga tahun lepas.

Hakim Norashima Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Chung Heng Pong, 55, selaku orang kena saman (OKS) selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin.

OKS didakwa menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui sebagaimana dikehendaki Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu satu set alat pemancar audio video tanpa wayar dan penerima video signal tanpa jenama di sebuah rumah di Kledang Permai, Menglembu, 14 Sept 2015.

Mengikut kertas pertuduhan, OKS didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan (16) (1) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 kerana menggunakan kelengkapan tidak perakui yang memperuntukkan denda RM100,000 atau penjara hingga enam bulan, jika disabit kesalahan.

Selain itu, OKS turut didakwa menerusi Seksyen 238(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana menyebabkan suatu pancaran radio daripada kelengkapan tidak standard yang memperuntukkan denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, jika disabit kesalahan.

Peguam Ng Keem Foong yang mewakili OKS memohon denda dikurangkan kerana Chung tidak mempunyai pendapatan tetap.

Bagaimanapun Norashima menetapkan denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 bagi kesalahan kedua.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SKMM Norhani Mohamad Azhar.

Mengikut fakta kes, pada 13 Julai 2015, pegawai daripada Pejabat Wilayah Utara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuat aduan mengenai gangguan frekuensi yang disyaki berpunca daripada premis No. 9, Jalan Kledang Permai 16, Menglembu, di sini yang mana aduan awal diterima daripada Packet One Networks Malaysia berhubung gangguan frekuensi yang dikesan di stesen pemancar F1.

Bertindak atas aduan itu, pada 14 Sept 2015, satu operasi serbuan oleh pasukan SKMM telah dijalankan ke tempat kejadian dengan bantuan pihak polis dan mendapati frekuensi adalah aktif serta datang daripada peralatan ‘CCTV AV Transmitter’ yang ditemukan di pemis tersebut. – BERNAMA

Tags: dendaPesara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Rugi RM3.07 Juta Diperdaya Pelaburan Tak Wujud

Pesara Rugi RM3.07 Juta Diperdaya Pelaburan Tak Wujud

27/10/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerajaan hilang wang simpanannya selepas terpaksa menanggung kerugian RM3.07 juta akibat terpedaya dalam penipuan pelaburan tidak...

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

23/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara 15 tahun dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd