• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Nikmati Taraf Kehidupan Lebih Baik

oleh AK-47
03/05/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tiga dekad lepas, amat sukar mendapati penjawat awam yang mampu memiliki kelui bagi tujuan berkomunikasi kerana faktor harganya.

Apabila telefon bimbit mula diperkenalkan setelah kelui tidak lagi digunakan, kebanyakan penjawat awam, terutama mereka daripada kumpulan sokongan, terpaksa pula bergelut dari segi kewangan untuk memiliki alat itu kerana harganya yang sangat mahal apabila mula diperkenalkan di pasaran.

Bagaimanapun kini, dengan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan peningkatan taraf hidup, kebanyakan penjawat awam mempunyai akses kepada aplikasi tempat kerja dengan hanya menggunakan hujung jari melalui telefon pintar yang mereka miliki.

R.M Rajan, 39, berkata berikutan peningkatan taraf kehidupan penjawat awam, kini boleh dikatakan setiap seorang daripada 1.6 juta mereka yang berkhidmat dengan kerajaan mampu memiliki telefon pintar hasil daripada bertambahnya gaji bulanan dan kenaikan gaji tahunan yang mereka terima daripada kerajaan.

“Sebagai penjawat awam, saya berani menyatakan bahawa taraf kehidupan penjawat awam menjadi bertambah baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila mereka tidak pernah gagal menikmati kenaikan gaji tahunan hampir sebanyak tiga peratus, sekali gus memberi kemampuan kepada mereka untuk memiliki gajet yang menjadi idaman masing-masing.

“Ini terbukti apabila kini, sesetengah penjawat awam mampu memiliki pelbagai jenis gajet,” katanya kepada Bernama.

Mengulas tentang jaminan pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan, Rajan berkata perkara itu menjadikan kehidupannya lebih selesa dan lebih mudah mendapat pinjaman peribadi kerana institusi kewangan lebih selesa memberi pinjaman kepada penjawat awam.

“Kalau seseorang itu bekerja dengan kerajaan, dia lebih mudah mendapat pinjaman kerana pekerjaannya terjamin. Di samping itu, kerajaan tidak pernah gagal memasukkan ke dalam bank gaji stafnya pada setiap bulan, pekerja boleh melihat gaji mereka dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.

“Penjawat awam tidak pernah gagal mendapat gaji pada setiap bulan, tanpa mengira keadaan ekonomi dan itulah sebabnya bekerja dengan kerajaan menjadi pilihan utama kebanyakan orang kerana gajinya yang berdaya saing serta wujudnya jaminan dari segi pekerjaan,” kata Rajan, yang berkhidmat dengan kerajaan sejak lebih 15 tahun lepas.

Rajan berkata dia sangat gembira kerana penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji berganda tahun ini, iaitu kenaikan gaji tambahan pada 1 Julai, di samping kenaikan gaji tahunan masing-masing.

“Ini bermakna, kami mendapat dua kenaikan gaji tahun ini, selain kenaikan gaji tahunan pada Julai. Saya gembira kerana kerajaan mengiktiraf khidmat dan usaha kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Komunikasi dan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata perkhidmatan awam kini semakin mencabar dan ini menuntut anggotanya berfikiran kreatif serta inovatif bagi memastikan wujudnya sistem penyampaian yang cekap untuk orang ramai.

Di samping memiliki kelayakan akademik, seseorang yang ingin menjadi penjawat awam perlu memiliki kecintaan mendalam terhadap tugasnya serta menjunjung tinggi integriti ketika menunaikan tanggungjawabnya, kata beliau.

Presiden Persatuan Rangkaian Usahawan India Malaysia (1MINE), Datuk S.Gopinath pula berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan tugas cemerlang dalam membela kepentingan penjawat awam di negara ini. – BERNAMA

Tags: Penjawat Awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Cuti Ganti Khas Guru Terlibat Pilihan Raya Umum

Next Post

Azwan Ali Teringin Jadi Senator Pula

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

02/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan penjawat awam yang berusaha keras...

Kebun Durian Haram: Polis Terima 3 Laporan Penjawat Awam Dihalang Jalankan Operasi Penguatkuasaan

Kebun Durian Haram: Polis Terima 3 Laporan Penjawat Awam Dihalang Jalankan Operasi Penguatkuasaan

12/04/2025
4

RAUB: Polis menerima tiga laporan yang mendakwa penjawat awam dihalang menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan kerajaan negeri sejak 8 April...

Next Post

Azwan Ali Teringin Jadi Senator Pula

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd