• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Kes 11 Etnik Uighur China Pada 5 Julai

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 5 Julai untuk pengurusan kes 11 etnik Uighur China yang didakwa atas pertuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

Majistret Wong Chai Sia menetapkan tarikh itu selepas kes Zakaria Arman, Salehudin Ali, Jaefar Amin, Osman Abbas, Alim Osman, Asen Ziyali, Taher Kasim, Ibrahim Rexiti, Nurudin Muhammad, Abdul Kader dan Yusof Ahmed, yang berusia antara 20 dan 40 tahun, disebut di hadapannya.

Kesemua lelaki itu didakwa sebagai warganegara asing yang memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan sah di perkarangan Balai Polis Sentul di sini pada 10.50 pagi, 31 Januari lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntuk denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Najwa Bistamam manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Raimi Ab Rahim.

Pada 22 November 2016, media melaporkan bahawa Thailand memohon kerjasama Malaysia untuk mengesan tahanan Uighur berkenaan yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. – BERNAMA

Tags: Etnik Uighurmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd