• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggiat Seni Optimis Komitmen BN Sabah

oleh AK-47
02/05/2018
dalam Artis, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Persatuan Komposer dan Pembikin Muzik Video Sabah (SCORE) optimis dengan komitmen Barisan Nasional (BN) Sabah untuk mewujudkan pusat sehenti industri kreatif seperti mana terkandung dalam intipati manifesto BN negeri.

Pengerusinya Asmin Mudin berkata pewujudan pusat sehenti industri kreatif itu yang merupakan inti pati dan komitmen ke-19 dalam manifesto BN Sabah dilihat akan mampu mengangkat lagi martabat karya-karya penggiat seni tempatan sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

“Inisiatif mewujudkan pusat sehenti industri kreatif ini adalah tepat pada masanya selain membuktikan BN begitu komited memperkasa lagi profesionalisme bidang kesenian tempatan seterusnya memastikan kebajikan modal insan serta bakat-bakat seni Sabah terpelihara.

Di Sabah, bidang seni termasuk muzik belum mencapai tahap industri dan masih bersifat sekunder… aksesori. Tetapi, apabila ada inisiatif seperti ini, saya melihat kerajaan BN mahu mengangkat kerjaya kesenian di Sabah ke peringkat utama dan maju ke hadapan lagi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Manifesto BN Sabah antara lain mengiktiraf industri kreatif sebagai sumber ekonomi baharu menerusi penyediaan kemudahan pusat sehenti untuk penggiat industri kreatif bagi menyokong usaha melahirkan lebih ramai anak negeri terlibat sekali gus berjaya dalam bidang berkenaan.

Asmin, yang merupakan komposer terkenal antara lain dengan lagu Sayang Kinabalu berkata, Sabah sememangnya diakui adalah lubuk bakat-bakat hebat dalam industri kreatif termasuk pencipta lagu, penulis lirik dan penyanyi selain sentiasa memberi saingan mantap serta menjuarai pelbagai program realiti TV.

Katanya bakat seni berharga Sabah yang bergiat aktif tidak hanya dalam muzik tetapi juga bidang kesenian lain harus dijaga kerana mereka juga adalah aset yang perlu diberi bantuan untuk memperkasa lagi kerjaya dengan memantapkan aspek pemasaran produk seni mereka di dalam mahupun di luar negeri.

“Kita mahu apabila wujud pusat sehenti industri kreatif ini, bakat seni Sabah tidak lagi keluar dari sini dan mereka sudah boleh cari makan di sini,” katanya.

Untuk itu, beliau berkata, satu penstrukturan perlu dibentuk apabila pewujudan pusat sehenti industri kreatif itu direalisasikan termasuk menempatkan pasukan pengurusan, pentadbiran dan pemasaran bagi memantapkan lagi gerak kerja mempromosi produk serta hasil karya penggiat seni Sabah.

Di samping itu, Asmin turut mencadangkan pusat sehenti industri kreatif Sabah itu akan dijadikan sebagai satu daripada destinasi pelancongan negeri yang harus dilawati pengunjung bagi meneroka kepelbagaian karya kreatif artis tempatan.

“Saya harap BN menang (pilihan raya) bagi membolehkan manifesto ini ditunaikan,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Calon Pembangkang Nampak ‘Terdesak’ – Azalina

Next Post

Projek Jalan Pemangkin Ekonomi Sarikei

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Next Post

Projek Jalan Pemangkin Ekonomi Sarikei

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd