• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi DAP Negeri Diumum KM Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow diumum sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu bagi menggantikan Lim Guan Eng yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Pengumuman pelantikan Chow itu dibuat Guan Eng pada satu sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini hari ini.

Guan Eng berkata Chow yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota akan mengangkat sumpah jawatan itu di kediaman Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di Sri Mutiara di sini esok.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, Pakatan Harapan (PH), yang terdiri daripada DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN), telah memenangi 37 kerusi DUN dan 11 kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

Barisan Nasional (BN) hanya menang dua kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen sementara satu kerusi DUN dimenangi oleh PAS.

Sementara itu, Chow yang juga Anggota Parlimen Tanjong mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi dan rakyat di negeri ini kerana telah memberi mandat buat kali ketiga kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk terus memerintah Pulau Pinang.

“Terima kasih kepada pengundi dan rakyat yang telah memberi mandat lebih kukuh dan kuat kepada Pakatan Harapan untuk terus memerintah dan tahniah kepada semua calon-calon Pakatan Harapan yang menang di DUN dan Parlimen dan tidak lupa tiga rakan kita yang tidak berjaya, kita tetap hargai pengorbanan mereka sebagai calon Pakatan Harapan,” katanya.

Chow turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pakatan Harapan Pulau Pinang kerana memberi kepercayaan kepada beliau menjadi ketua menteri yang kelima dan berjanji akan menunaikan segala yang telah dijanjikan dalam manifesto PH kepada rakyat.

Pada pilihan raya baru-baru ini Chow menang di DUN Padang Kota dengan majoriti 7,808 undi selepas memperoleh 9,278 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) H’ng Khoon Leng (1,470 undi) dan calon Parti Bersama Malaysia (MU) Goh Saik Wei (71 undi). Di kerusi Parlimen Tanjong, Chow menang bergaya dengan memperoleh 34, 663 undi menewaskan calon BN, Ng Siew Lai yang hanya mendapat 5,064 undi.

Terdahulu, Guan Eng yang sebelum ini telah 10 tahun memegang tampuk pemerintahan negeri ini sebagai Ketua Menteri, memberitahu pemberita bahawa beliau akan senantiasa merindui Pulau Pinang.

“Ini kali terakhir saya bercakap di sini. Berat hati hendak meninggalkan Pulau Pinang, tapi saya perlu ke sana dengan tugas baharu atas kepercayaan yang diberi. Di Pulau Pinang, saya rasa pentadbiran Cekap, Telus dan Amanah (CAT) telah banyak membawa perubahan Pulau Pinang selama 10 tahun.

“Saya akan merindui Pulau Pinang kerana Pulau Pinang yang memberi saya peluang untuk menunjukkan prestasi yang baik daripada BN,” katanya.

Mengenai kepimpinan baharu negeri ini, beliau percaya kepimpinan baharu itu akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan yakin kerajaan baharu itu akan melaksanakan 68 janji dalam manifesto PH terhadap rakyat. – BERNAMA

Tags: Chow Kon YeowPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mohamad Nordin Dilantik KP Jakim Baharu

Next Post

Remaja Lemas Mandi Bersama Rakan Di Tali Air

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

18/10/2024
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menyambut baik pengumuman pelaksanaan projek Lebuhraya Bertingkat Juru dan Sungai Dua yang dibentangkan dalam...

Next Post

Remaja Lemas Mandi Bersama Rakan Di Tali Air

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd