• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerbangan Menteri Pertahanan Tujuan Rasmi

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penerbangan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa delegasi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ke Butterworth, Pulau Pinang pada Sabtu lepas bertujuan untuk menghadiri program rasmi tahunan TUDM.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini berkata pesawat pengangkut TUDM A400M itu membawa Menteri Pertahanan dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memenuhi jemputan majlis berbuka puasa selain perjumpaan pertama bersama warga TUDM di Pangkalan Udara Butterworth.

“Penerbangan pesawat tersebut juga digunakan bagi memberi manfaat dan melengkapkan jam penerbangan juruterbang TUDM yang membawa pesawat berkenaan.

“Ini kerana setiap juruterbang perlu melengkapkan jumlah jam penerbangan bagi mengekalkan tahap kompetensi mereka,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, katanya pergerakan berkenaan juga dapat menjimatkan kos pengangkutan berbanding menggunakan pesawat komersial dari aspek masa dan kos penerbangan oleh Kementerian Pertahanan bagi kedua-dua tujuan itu.

Menurut kenyataan itu, kehadiran Menteri Pertahanan mengikuti penerbangan dengan pesawat A400M turut bertujuan memberi pendedahan mengenai keupayaan, prestasi, kredibiliti dan kemampuan pesawat A400M, pesawat pengangkut pelbagai guna dalam menjalankan pelbagai operasi ketenteraan di samping mengekalkan tahap kesiagaan ATM.

“Warga TUDM khasnya dan ATM amnya amat terharu dan gembira atas kesudian Menteri Pertahanan meluangkan masa menghadiri program-program yang dilaksanakan di peringkat perkhidmatan,” kata kenyataan itu.

Isnin lepas, seorang peguam dilaporkan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendakwa Mohamad menyalahgunakan aset tentera untuk lawatan ke Butterworth baru-baru ini. – BERNAMA

Tags: kementerianMindef
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

Kerajaan Ada Asas Kukuh Batalkan Sewaan Blackhawk – Khaled Nordin

Kerajaan Ada Asas Kukuh Batalkan Sewaan Blackhawk – Khaled Nordin

21/09/2025
0

PUTATAN: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan pihaknya mempunyai asas kukuh membatalkan sewaan lima tahun membabitkan empat helikopter Blackhawk UH-60A buatan Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd