• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kuala Selangor Gembira Dapat Bertemu PM

oleh Ahmad Albab
03/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Penduduk Kuala Selangor hari ini gembira dan melahirkan rasa bersyukur kerana berpeluang bersarapan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di restoran ‘Mamak Signature’ di Bandar Puncak Alam di sini.

Najib, yang memulakan lawatannya di Kuala Selangor, tiba kira-kira 8.50 pagi di restoran itu dan meluangkan masa kira-kira 20 minit bersarapan dengan gaya santai bersama penduduk setempat serta pemimpin UMNO Selangor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut mencuba menu istimewa di restoran berkenaan termasuk putu mayam, juadah tradisional dari India selatan ‘idli’, kari kambing dan teh tarik.

Turut hadir Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar dan calon kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Menurut Mahzir Abdullah, 48, dari Bandar Puncak Alam di sini, lawatan Najib ke Kuala Selangor penting sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

“Saya dan isteri, Hainun Wati Abu Hassan diberi penghormatan untuk bersarapan bersama-sama Najib, dan ia adalah kenangan yang sukar dilupakan,” katanya kepada pemberita.

Peniaga air kelapa dan pisang goreng di Alam Jaya di sini berkata kunjungan santai Perdana Menteri itu membuktikan beliau adalah pemimpin yang turun padang dan mendengar suara hati rakyat.

Seorang lagi penduduk dari Bandar Puncak Alam, Mohamad Husny Mohamad Mazlan, 36, berkata ini kali kedua beliau dapat melihat Najib, kali pertama semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Sungai Buloh pada 2012.

Sementara itu, pemilik restoran Jamil Ali, 21, yang mengambil alih perniagaan itu hampir setahun yang lalu berkata lawatan Perdana Menteri telah merangsang perniagaannya yang biasanya dikunjungi pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari Kampus Puncak Alam yang terletak berhampiran. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd