• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembubaran Jasa Beri Kesan Kecekapan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembubaran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan memberi kesan kepada kecekapan kerajaan, kestabilan politik dan ekonomi negara, kata Pengarah Bahagian Komunikasi Strategiknya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau berkata kerajaan memerlukan khidmat Jasa dalam membuat analisa pelbagai isu semasa, mendapat maklum balas rakyat, memberi penjelasan kepada rakyat, memperkukuhkan kestabilan politik dan keselamatan negara serta mendapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

“Ia secara langsung akan menjejaskan kecekapan kerajaan berikutan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin akan menggabungkan beberapa kementerian dan jabatan pada masa depan dalam langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Jasa antara tiga lagi agensi dan institusi kerajaan dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Menurut Dr. Mahathir, keputusan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pertama hari ini untuk memberi tumpuan kepada hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Selain Jasa, Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) turut dibubarkan. – BERNAMA

Tags: jasa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Jasa Sanusi Kepada Bola Sepak Malaysia?

19/05/2022
0

Apa jasa Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kepada sukan bola sepak Malaysia setakat ini?...

Peruntukan J-Kom Dipotong RM45 Juta

11/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Peruntukan bagi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipotong sebanyak RM45 juta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd