• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Sistem Cukai Baharu Kukuh, Tanpa Kelemahan

oleh Ahmad Albab
18/05/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan perlu memastikan bahawa struktur cukai baharu yang akan dilaksana berikutan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah kukuh dan tidak mempunyai kelemahan.

Ketua Pegawai Pelaburan LeInves PLT, William Ng berkata, walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diperkenalkan semula, kelemahan dalam sistem itu perlu ditangani terlebih dulu kerana ia mungkin membuka jalan kepada sesetengah orang untuk mengelak daripada membayar cukai.

“Pada pendapat saya, GST adalah sistem yang lebih baik kerana tiada siapa yang dapat melepaskan diri dan ia merupakan struktur cukai yang terkenal yang dilaksana di 160 negara termasuk jiran kita, Singapura,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya, selepas pelaksanaan GST, tidak ada jaminan yang harga barang akan jatuh, kecuali pemain besar industri mengurangkan harga dengan ketara dan memberi manfaat kepada penjaja serta peruncit dan akhirnya pengguna.

“Sama ada harga barang dan perkhidmatan akan turun atau kekal sama, kita perlu melihat prestasi pasaran, termasuk harga petrol. Perlu diingat, barang-barang mungkin tidak menjadi lebih murah seperti apa yang difikirkan pengguna,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan semua barangan dan perkhidmatan yang dikenakan kadar cukai enam peratus di bawah GST akan diberi kadar sifar mulai 1 Jun.

GST diperkenal pada April 2015 untuk menggantikan SST kerana struktur cukai tersebut dikatakan lebih cekap.

Ng berkata, sebenarnya tidak ada atribusi negatif terhadap GST tetapi rakyat melihatnya sebagai satu cara kerajaan sebelumnya membayar hutang.

“Negara lain seperti Singapura tidak mempunyai masalah kerana pendapatan yang diperoleh daripada GST dapat dilihat oleh warganya dan rakyat menikmati faedah, tetapi bagi Malaysia, ia tidak digemari kerana hasil GST tidak dilihat sebagai memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Profesional Persatuan Penganalisis Teknikal Profesional Malaysia, Amir Hassan berkata, penarafan sifar GST dapat menyaksi peningkatan dalam sentimen pengguna, walaupun itu tidak menjadi masalah kerana perbelanjaan pengguna telah memacu pertumbuhan keluaran dalam negara kasar walaupun wujud GST.

“Bagi perniagaan, bagaimanapun, mungkin ada komplikasi dari segi invois dan perakaunan GST terutama untuk barangan yang dipesan sebelum tarikh kuat kuasa dan diterima selepas itu,” katanya.

Mengenai pengenalan semula SST, Amir berkata, ia bergantung kepada skop barangan yang akan dikenakan cukai serta kadar cukai tersebut.

“Jika skop barangan yang dikenakan cukai lebih kecil, mungkin kita akan melihat kurang tekanan terhadap harga.

“Kita perlu ambil perhatian bahawa SST adalah kos kepada pengeluar dan bertambah dalam perjalanan kepada pengguna, sedangkan GST adalah cukai yang dikutip daripada pengguna akhir dan muncul sebagai kredit cukai yang boleh dituntut bagi pengeluar,” katanya. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek Mega Pulau Pinang Mampu Dipercepatkan

Next Post

Musa Fail Writ Mohon Pengisytiharan Beliau KM Sabah Sah

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

Musa Fail Writ Mohon Pengisytiharan Beliau KM Sabah Sah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd