• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Tunjuk Kemaluan, Beronani Depan Gadis

oleh AK-47
15/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN seorang lelaki menunjukkan kemaluan dan melakukan onani di hadapan seorang gadis akhirnya mendapat pembalasan apabila dia dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Aiman Abdullah, 42, mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan, 7 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa di hentian bas berhampiran stesen minyak Petronas, Desa Mentari, Petaling Jaya, jam 3.32 petang, 7 Mei lalu.

Bapa tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 377 D yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Terdahulu, Mohd Aiman yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan ketika kejadian dia mabuk dan tidak sedar akan perbuatan yang dilakukan.

“Saya perlu menanggung keluarga serta isteri yang mempunyai pelbagai penyakit kronik,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Zulkifli bagaimanapun memohon hukuman yang dapat memberi pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa menelefon ibu saudaranya dan memberitahu seorang lelaki berkelakuan lucah.

Ibu saudara mangsa kemudian terus melaporkan perkara itu ke balai polis berhampiran, sebelum suspek ditahan. – myMetro Online

Tags: mabukONANI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

Warga Nepal Dipercayai Mabuk Ditemukan Lemas Dalam Lombong

Warga Nepal Dipercayai Mabuk Ditemukan Lemas Dalam Lombong

03/06/2023
0

GOPENG : Lelaki warga Nepal yang dilaporkan hilang ketika berenang di lombong belakang sebuah pasar raya di sini semalam, ditemukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd