• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nikmati Panorama Indah Di The Gulongxia

oleh AK-47
22/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA yang berani mungkin sanggup merasai pengalaman tergantung di atas lantai kaca dari ketinggian 202 meter demi menikmati pemandangan menakjubkan di tenggara China, Gulongxia.

Menurut laporan media China, ia adalah tarikan pelancongan terbaharu iaitu menara tinjau tergantung di lembah terkenal bandar Qingyuan, wilayah Guangdong yang bakal dibuka bulan depan.

Dikenali sebagai Yun Tian Bo Ba, struktur dek pemerhatian berbentuk bulatan kaca itu dibina berukuran 72 meter panjang dari tebing lembah.

Ia digelar sebagai ‘Grand Canyon Kaca’ di China memandangkan bentuknya seakan sama dengan Skywalk Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat.

Daily Mail melaporkan, pelancong boleh menikmati pemandangan panorama indah di kawasan lembah dan air terjun yang terkenal dengan aktiviti rakit lasak di situ.

Lantai kaca turut dilengkapi dengan corong khas bagi membolehkan orang ramai merasai udara di kawasan pergunungan berkenaan.

“Dengan lantai pemerhatian, laluan serta jambatan diperbuat daripada kaca ini ialah struktur pemandangan pertama yang mempunyai gabungan kaca pada ketinggian seperti ini,” kata Biro Pentadbiran wilayah Zhuhai di Weibo.

Struktur itu dibina dengan tiga lapisan kaca tebal berukuran 4.5 sentimeter (cm) yang boleh menampung berat lebih 20 tan.

Menurut laporan itu, seramai lapan orang diperlukan untuk membawa setiap keping kaca terbabit.

Ketika ini, Gulongxia diberi penarafan 4A dalam kategori Tarikan Pelancong China iaitu sistem penarafan yang digunakan pihak berkuasa dalam menentukan kualiti tarikan pelancongan dari segi keselamatan, kebersihan serta pengangkutan. – myMetro Online

Tags: ChinaJambatan Kaca
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd