• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Terkejut Naiki Pesawat Papar Slogan Manifesto BN

oleh Ahmad Albab
08/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa terkejut apabila dibawa menaiki pesawat AirAsia yang memaparkan slogan ‘Hebatkan Negaraku’, tema manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perdana Menteri menyifatkan kejayaan AirAsia adalah contoh sebenar pencapaian yang boleh diperoleh apabila kepimpinan berwawasan dalam perniagaan bergabung dengan dasar ekonomi dan sokongan kuat kerajaan.

“Terkejut untuk diterbangkan dalam penerbangan @AirAsia bertema BN oleh @tonyfernandes hari ini! Kejayaan AirAsia menunjukkan apa yang boleh dicapai apabila perniagaan berwawasan dan kerajaan bergabung #HebatkanNegaraKu.

“Selagi BN berkuasa, kami akan terus menyokong perniagaan perintis seperti AsiaAsia yang memberi manfaat kepada rakyat, membawa rakyat Malaysia lebih dekat dan menjulang tinggi bendera Malaysia. #HebatkanNegaraKu,” katanya dalam posting terbaharu dalam Facebook dan Twitternya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata syarikat penerbangan itu telah menjadi salah satu jenama Malaysia yang terkenal dalam dan luar negara di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Perdana menteri, yang menamatkan lawatan dua hari di Sabah, turut bergambar bersama-sama pemimpin Sabah dengan berlatarbelakangkan pesawat A330-300 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum menaiki pesawat itu untuk pulang ke ibu negara.

Najib tiba di lapangan terbang itu pada kira-kira 4 petang selepas lawatannya di Kota Marudu bagi menghadiri program majlis pemimpin bersama rakyat. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd