• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Letak Jawatan Presiden UMNO, Pengerusi BN

oleh
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang berkuat kuasa serta-merta.

Menurut laporan disiarkan stesen rasmi kerajaan RTM, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan segera ambil alih dalam menjalankan tugas sebagai presiden parti terbesar umat Melayu Islam di dunia tersebut.

Manakala tempat beliau itu diisi pula oleh seorang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bakal mengambil kedudukan sebagai timbalan presiden parti kepada tonggak BN berkenaan.

Difahamkan peletakan jawatan itu susulan kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada Rabu lalu kepada Pakatan Harapan (PH) iaitu julung kali dalam tempoh 61 tahun sejak negara merdeka.

Terdahulu, Najib dilaporkan menerusi satu kenyataan media ada menyatakan akan bersedia mengambil keputusan mengenai kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang dipegangnya sejak 2009 lepas.

Keputusan itu juga mengambil kira kemerosotan sokongan rakyat kepada BN pada PRU lalu dan memutuskan untuk berehat seketika meluangkan masa dengan ahli keluarga setelah sekian lama tidak berbuat demikian.

“Saya mengambil maklum pelbagai pandangan pemimpin dan ahli parti di semua peringkat mengenai kedudukan saya. Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan PRU14.”

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan berita peletakan jawatan tersebut turut diumumkan Najib dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri barisan kepemimpinan tertinggi parti di ibu pejabat UMNO di ibu negara.

Kedua-dua Ahmad Zahid dan Hishammuddin juga memikul tanggungjawab serupa bagi tugas sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota parti berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada semua ahli UMNO sejak saya mengambil jawatan dan yakin jasa UMNO dan BN besar kepada negara kita,” kata Najib. Sebelum itu beliau dilaporkan menghadiri mesyuarat Biro Politik UMNO.

Najib bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak akan sesekali meninggalkan UMNO dan berkata: “Saya memberi jaminan bahawa saya tidak akan sesekali meninggalkan UMNO malahan saya akan terus sokong UMNO.

“Ini kerana setakat ini tiada parti yang ada tolok bandingannya dengan UMNO dan BN. Insya-Allah UMNO akan terus hidup,” tegas beliau lagi pada sidang media tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak, Menantu Rosmah ‘Amuk’ Di Media Sosial

Next Post

Siti Sarah, Shuib Tunai Umrah Bersama Buat Kali Pertama

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Siti Sarah, Shuib Tunai Umrah Bersama Buat Kali Pertama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd