• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Keluar Dari Kediaman Hadiri Program Di Pekan

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, pagi ini dipercayai bagi menghadiri beberapa program rasmi di Pekan, Pahang.

Anggota Parlimen Pekan itu menaiki kereta Toyota Vellfire keluar pada kira-kira 9.20 pagi dengan diiringi oleh kenderaan polis.

Semalam, media tempatan melaporkan yang ketua UMNO Bahagian Pekan itu dijadual merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan.

Mengikut rancangan programnya, Najib dijangka tiba di kediaman rasminya di Seri Kenangan, Pekan kira-kira pukul 12 tengah hari ini. Najib dijadual menghadiri majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat tarawih di Seri Kenangan.

Pergerakan keluar Najib ke Pekan adalah yang pertama sejak beliau membatalkan rancangan untuk bercuti ke luar negara untuk berehat selepas pilihan raya umum pada 9 Mei, yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional pimpinannya tewas dan digantikan dengan kerajaan Pakatan Harapan.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini, sejak Sabtu lepas.

Terdahulu, lebih 50 anggota Pergerakan Puteri UMNO diketuai Exconya Khaidirah Abu Zahar atau Dira hadir di kediaman Najib bagi menyatakan sokongan terhadap bekas presiden parti itu.

Dira ketika ditemui pemberita berkata bekas presiden parti itu memberi pesanan supaya Puteri UMNO tidak mengalah dan teruskan perjuangan.

“Dia (Najib) sangat positif, pesanannya lagi supaya pergerakan Puteri UMNO sentiasa bersatu,” katanya.

Sejak Sabtu lepas juga, kediaman Najib di Taman Duta dikawal ketat anggota Polis Diraja Malaysia dan petugas media dari dalam dan luar negara berkampung di kawasan berkenaan demi menanti sebarang perkembangan terkini berkaitan bekas perdana menteri itu.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Spiral Bicycle, Pedestrian Bridge’ Tarikan P.Pinang

Next Post

19 Individu Ditahan Atas Kesalahan Judi Di Sarawak

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

19 Individu Ditahan Atas Kesalahan Judi Di Sarawak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd