SEEKOR anak kuda berusia lapan bulan yang cedera di muka akibat diserang dengan asid, telah menjalani pembedahan di mana sisik ikan digantikan dengan kulitnya yang cedera, dalam prosedur yang pertama kali dilakukan di dunia.
Anak kuda yang diberi nama Cinders itu menjalani pembedahan pemindahan kulit selama tiga jam. Sisik ikan talapia, telah digunakan untuk merawat kulit mukanya yang terbakar.
Sisik ikan digunakan kerana ia merupakan sumber yang baik untuk kolagen dan dapat mengekalkan kelembapan kulit.
Kuda yang cedera parah tersebut ditemui oleh aktivis di Derbyshire dan mereka kemudiannya membawa kuda terbabit ke Rainbow Equine Hospital di North Yorkshire.
Sepanjang di situ, binatang tersebut diberikan penjagaan rapi selama 24 jam.
Bagi membolehkan pembedahan itu dijalankan, seorang doktor haiwan, Jamie Peyton, dari Universiti California telah diterbangkan ke Britain.
Beliau dibantu oleh sekumpulan doktor haiwan yang lain termasuk David Rendle dan pakar pembedahan plastik, Ryckie Wade.
“Tiada seorang pun yang dapat memberikan jawapan bagaimana anak kuda itu boleh mengalami kecederaan terbabit kecuali asid itu dilemparkan ke mukanya,” kata Rendle ketika ditemubual oleh hos rancangan This Morning.
Cinders kini semakin pulih. – MYNEWESHUB.CC

