• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Hadap Sultan Johor, Bincang Jawatan MB

oleh AK-47
11/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, pada jam 10 pagi ini bagi membincangkan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan negeri Johor.

Naib Pengerusi PH Johor, Salahuddin Ayub berkata, jawatan Menteri Besar itu akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH selepas Muhyiddin menghadap Sultan Johor.

“Pihak majlis akan memutuskan siapa Menteri Besar menerusi rundingan dengan PH Johor,” katanya pada sidang media, di sini sebentar tadi.

Sementara itu Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor, Datuk Osman Sapian, berkata Sultan Ibrahim menitahkan supaya pakatan memberikan tiga nama untuk jawatan Menteri Besar Johor.

“Kami akan menghadap Sultan Johor sama ada di Istana Bukit Serene atau Istana Pasir Pelangi,” katanya.

Bagaimanapun Osman enggan mengulas lanjut siapa yang akan menjadi Menteri Besar Johor.

PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, manakala Barisan Nasional (BN), mendapat 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi. – BH Online

Tags: JohorTan Sri Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Rekod Pelaburan Tertinggi Sejarah Malaysia RM110 Bilion

Johor Rekod Pelaburan Tertinggi Sejarah Malaysia RM110 Bilion

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU - "Syukur Alhamdulillah Johor memecahkan rekod sebagai negeri yang mencatat jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah Malaysia"...

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

21/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd