• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mendiang Daniel Tajem Pemimpin Tidak Lokek Ilmu

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mendiang Datuk Seri Daniel Tajem adalah seorang yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu, dan seorang pemimpin yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di tahap paling tinggi, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Saya berpeluang berkhidmat di bawah kepimpinannya sebagai Menteri Muda Pertanian dan Pembangunan Komuniti, dan banyak yang saya belajar daripada mendiang,” katanya ketika ditemui semasa melawat kediaman mendiang di sini pagi ini.

“Mendiang yang bertanggungjawab menggerakkan penubuhan persatuan-persatuan nelayan dan peladang di negeri Sarawak satu ketika dahulu. Saya amat terasa kehilangan seorang rakan, dan Sarawak pula kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa,” tambahnya.

Datuk Seri Daniel Tajem, 82, bekas timbalan ketua menteri Sarawak meninggal dunia di kediaman beliau di Jalan Urat Mata, Tabuan Jaya di sini kira-kira pukul 7 pagi semalam selepas mengadu sesak nafas, dan dijangka akan dikebumikan di Nirvana Bau pada hari Rabu ini.

Antara yang turut mengunjungi kediaman mendiang pagi ini ialah isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar. – BERNAMA

Tags: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rekod Belanja Bangun Prasarana Sarawak

23/10/2018
0

KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak akan membelanjakan peruntukan, yang jumlahnya mencatatkan satu rekod, bagi membina jalan raya dan kemudahan infrastruktur...

Hadkan Tempoh Jawatan: Ambil Kira Autonomi Sarawak

19/10/2018
0

KUCHING - Tempoh perkhidmatan jawatan Ketua Menteri yang dicadang untuk dihadkan kepada dua penggal adalah satu langkah baik, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd