• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Terengganu Jumpa Perdana Menteri 7 Jun

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar akan menghadiri mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dijangka dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Putrajaya, 7 Mei ini.

Menteri Besar kerajaan negeri pimpinan PAS itu berkata setakat ini beliau belum mendapat agenda mesyuarat yang akan turut dihadiri oleh semua menteri besar dan ketua menteri.

Katanya, beliau belum pasti sama ada kaedah pelaksanaan penyaluran royalti minyak dan gas kepada negeri itu akan dibincangkan.

“Sama ada isu royalti akan dibincangkan atau tidak itu perkara kedua. Yang penting kita akan menghadiri mesyuarat itu dulu,” katanya kepada pemberita selepas melawat dua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Shafie, di sini, hari ini.

Pada lawatan tersebut, Ahmad Samsuri menyampaikan bantuan segera berupa wang tunai dan barangan keperluan termasuk barangan makanan asas, tilam, bantal dan tikar kepada kedua-dua keluarga mangsa yang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran kira-kira jam 9 malam, semalam.

Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk membina rumah baharu bagi kedua-dua keluarga yang dibiayai oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad.

“Kita jangkakan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu untuk rumah ni mampu disiapkan supaya mereka boleh menjalani ibadah puasa dan hari raya dalam keadaan lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terengganu Masih Tunggu Baki Royalti Minyak 2018 – MB

30/12/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri masih menunggu baki pembayaran royalti sekurang- kurangnya RM250 juta yang belum dilunaskan oleh kerajaan Persekutuan...

RM30 Juta Bangunkan Tasik Kenyir – MB Terengganu

25/11/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan peruntukan khas RM30 juta bagi mengurus dan membangun Tasik Kenyir, tahun depan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd