• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sedia Beri Tentangan Sengit Berdepan Hong Kong

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berazam memberikan tentangan sengit apabila turun menentang pasukan ranking ke-22 dunia, Hong Kong pada aksi kedua Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Meskipun menyedari status Hong Kong sebagai pasukan pilihan pada edisi kali ini, ketua jurulatih kebangsaan, Lee Nyuk Fah berkata tiada jalan mudah buat skuad ‘Dragons’ itu memandangkan barisan 23 pemainnya sudah cukup bersedia dari segi mental dan fizikal.

Beliau berkata ​​​kekalahan 10-35 kepada Korea Selatan pada perlawanan pembukaan Sabtu lalu, membuka mata barisan pemain negara serta memberikan satu pengajaran berharga untuk dipraktikkan pada pertemuan esok.

“Aksi menentang Hong Kong pasti lebih mencabar berbanding ketika berdepan Korea Selatan. Di atas kertas, mereka (Hong Kong) mempunyai kemampuan untuk meraih kemenangan tetapi pemain negara sudah cukup bersedia untuk memberikan saingan sengit kepada mereka.

“Pemain kita telah belajar dan berusaha memperbaiki kesilapan selepas mengharungi aksi berintensiti tinggi ketika berdepan Korea Selatan, di mana pada separuh masa pertama kita sedikit hilang arah, namun berjaya bangkit pada separuh masa kedua selepas mendapat rentak.

“Pengalaman itu memberi rangsangan serta keyakinan kepada mereka (pemain negara) dan perkembangan positif ini akan dibawa ke perlawanan esok,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad kebangsaan di sini, hari ini.

Mengenai ketiadaan beberapa pemain terpaksa digugurkan akibat kecederaan serius, Nyuk Fah mengakui ia memberi sedikit impak kepada percaturannya, namun yakin terhadap beberapa muka baharu yang dipanggil mampu menggalas tanggungjawab dengan baik.

“Sudah tentu ia akan mengubah corak permainan kita tetapi tidak dinafikan saya mempunyai keyakinan tinggi serta kepercayaan terhadap pemain-pemain saya kerana barisan 23 pemain disenaraikan ini adalah yang terbaik,” katanya.

Selepas berdepan Hong Kong, Malaysia akan menamatkan baki dua lagi perlawanan berdepan lawan sama, di Korea Selatan (19 Mei) dan Hong Kong (26 Mei).

ARC 2018 yang melibatkan tiga negara – Malaysia di ranking ke-48 dunia, Korea Selatan (ke-30) dan Hong Kong merupakan medan ujian pertama skuad ragbi kebangsaan sekiranya berhasrat melakar sejarah beraksi pertama kali di pentas Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun.

Sekiranya muncul juara, skuad negara akan bersaing pada pusingan kalah mati zon Asia/Ocenia dan jika berjaya melepasi pusingan itu, Malaysia akan merebut slot ke Piala Dunia 2019 pada pusingan ‘repechage’ dunia yang merupakan halangan terakhir untuk merealisasikan impian ke Jepun. – BERNAMA

Tags: ragbi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Juara Sulung Ragbi Wanita 7-Sebelah Sukma

16/09/2018
0

IPOH - Kemenangan pasukan ragbi 7-sebelah wanita Sabah pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak 2018 merupakan hadiah berganda buat...

Korea Selatan Sedia Berdepan Tentangan Malaysia

28/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Korea Selatan cukup bersedia berdepan cabaran Malaysia pada perlawanan pembukaan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2018 di Stadium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd