• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlu Teliti Semula Batal Projek HSR

oleh AK-47
31/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu meneliti semula pembatalan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura, dengan terlebih dulu membuat perbandingan kos kelebihan.

Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelaksanaan projek itu mempunyai ‘pro dan kontra’ dan penelitian perlu dibuat merangkumi pelbagai aspek.

“Kelebihan projek itu ialah membuka peluang perniagaan di sekitar stesen HSR dan menaikkan nilai tanah di sekitarnya.

“Kekurangannya ialah negara bakal mengalami brain drain atau kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi apabila Singapura mampu menarik lebih ramai pekerja Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk bekerja di negara itu walaupun mereka tinggal di Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, katanya, pembatalan projek yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini juga berkaitan dengan penelitian semula bagi memastikan kemampuan negara dengan komitmen pembayaran hutang berjumlah RM100 bilion.

“Sememangnya ia perlu dilihat dari aspek keupayaan bayaran hutang berdasarkan jangkaan pendapatan yang boleh diperoleh daripada projek berkenaan.

“Ini penting untuk memastikan jangkaan pendapatan yang dibuat sebelum ini adalah realistik atau tidak. Jika tidak realistik, ada kos tambahan yang bakal ditanggung oleh kerajaan jika tidak mampu membayar komitmen hutang tahunan.

“Semua ini perlu diambil kira termasuk membuat perbincangan semula dengan Kerajaan Singapura. Jika projek ini tidak memberikan keuntungan, malah membuat kerajaan menanggung kos lebih tinggi daripada kos pembatalan, maka ia perlu dibatalkan,” katanya.

Profesor Ekonomi yang juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Prof. Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, penilaian semula itu memerlukan masa dan boleh dibandingkan dengan penilaian yang dibuat kerajaan terdahulu bagi menilai kesannya.

Sementara itu, penganalisis politik dan pakar ekonomi, Prof. Dr. Hoo Ke Ping berkata, keputusan Dr. Mahathir untuk membatalkan projek HSR dianggap satu keputusan bijak dan mengelak daripada negara menanggung beban hutang yang tinggi.

“Malaysia kini berdepan dengan pinjaman daripada bank dan hutang isi rumah yang tinggi. Berdasarkan prinsip ekonomi, jika hutang tinggi ia akan menyebabkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rendah.

“Jadi, ia memberikan kesan tidak baik terhadap perkembangan ekonomi negara. Justeru, langkah pembatalan HSR oleh kerajaan adalah satu keputusan untuk masa depan negara dan HSR juga tidak sepatutnya dilaksanakan,” katanya. – myMetro Online

Tags: batalProjek HSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Alan Walker Umum Konsert Esok Batal

Alan Walker Umum Konsert Esok Batal

21/06/2024
0

KUALA LUMPUR: Konsert Walkerworld Tour 2024 yang sepatutnya dijayakan pemuzik EDM terkenal, Alan Walker di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling...

Projek HSR: PM Anwar Maklum Baru Terima Laporan Firma Jepun Didakwa Tarik Diri

Syarikat Jepun Tarik Diri Projek HSR KL-Singapura

12/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Firma Jepun membuat keputusan membatalkan rancangan mereka untuk terbabit dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd