• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Penasihat Kerajaan Panggil FELDA, FELCRA

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, dijangka mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil FELDA dan FELCRA di Menara Ilham, hari ini.

Pagi ini, pertemuan dengan wakil FELDA dijangka bermula pada jam 10 pagi.

Antara wakil berkaitan FELDA yang dipanggil adalah bekas Pengurus Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada; Pengerusi FELDA Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim dan Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman.

Selain itu, sumber memberitahu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELDA Global Ventures Holding Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad juga akan hadir pagi ini.

Mengikut jadual, pertemuan antara Majlis Penasihat Kerajaan dengan wakil FELDA akan berlangsung selama dua jam.

Pada jam 12 tengah hari pula, Majlis Penasihat Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Datuk Zulkarnain Md Eusope. – BH ONLINE

Tags: FelcraFeldaMajlis Penasihat Kerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Arsenal Tunggu Thierry Henry

Next Post

Lelaki Dicungkil Mata Oleh Bapa Sendiri

Related Posts

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

10/08/2024
0

SHAH ALAM - Felcra Berhad menempelak dakwaan berhubung penjualan yang berlaku terhadap kilang di bawah kendali syarikat berkenaan kerana ia...

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Next Post

Lelaki Dicungkil Mata Oleh Bapa Sendiri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd