• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Jentera Wanita BN ‘Kunci’ Rapat Pengundi Putih

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Jentera Wanita Barisan Nasional (BN) diarah ‘mengunci’ pengundi ‘putih’ di kawasan masing-masing agar tidak dicuri pihak lawan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata kaum wanita yang kebanyakannya menjadi undi penentu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, perlu diberi perhatian sebaik mungkin agar sokongan jitu mereka kepada BN tidak berubah disebabkan terpesong dengan dakyah dan kempen pembangkang.

“Tudung merah (Wanita UMNO) ini amat digeruni lawan dan mereka tahu kita memegang pengundi putih yang boleh menentukan kemenangan luar biasa BN.

“Sebab itu saya mahu jentera Wanita, khususnya UMNO tidak leka dan sentiasa berwaspada dengan usaha pembangkang untuk mencuri pengundi putih dalam jagaan masing-masing dengan pelbagai cara termasuk taktik berkunjung dari rumah ke rumah,” katanya ketika bertemu jentera Wanita UMNO pada program Ziarah Sayang DUN Kuala Sentul di Felda Dahlia, Jengka 3, di sini hari ini.

Pertemuan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Sentul itu turut disertai calon bagi kerusi berkenaan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang juga penyandang kerusi DUN tersebut.

Shahrizat berkata dengan kekuatan ratusan ribu jentera daripada keseluruhan 1.4 juta anggota, Wanita UMNO sememangnya menjadi pemegang kunci kejayaan BN yang amat dicemburui pembangkang.

“Pembangkang tahu setiap jentera kita menjaga beberapa pengundi putih yang turut diperlukan mereka jika mahu menang dan lawan juga tahu kita tidak akan lepaskan kunci yang kini dipegang erat dengan mudah,” katanya.

Shahrizat turut memuji jentera Wanita yang tidak terikut-ikut cara pembangkang berkempen menggunakan fitnah dan memutar belit kebenaran bagi meraih simpati pengundi.

Dalam pada itu, beliau yakin Shahaniza yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran mampu mengekalkan kemenangan dengan pertambahan majoriti berdasarkan sokongan yang ditunjukkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri tersebut.

Sementara itu, Shahaniza yang dicabar calon PAS dan PKR yakin dapat memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih 5,000 berbanding 3,293 undi pada PRU13.

Dalam kunjungannya ke Parlimen Maran itu, Shahrizat turut meluangkan masa menziarahi calon BN bagi DUN Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi yang baru melahirkan anak 31 hari yang lalu. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding jawatan...

Shahrizat Tidak Pertahan Jawatan Ketua Wanita UMNO

06/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd