• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Bincang Dengan Menteri Kajian Semula PSC

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) akan menemui Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk membincangkan mengenai langkah mempercepatkan kajian semula caj perkhidmatan penumpang (PSC) bagi penerbangan domestik, ASEAN dan antarabangsa.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata beliau melihat langkah tersebut secara positif yang dijangka memberi kesan baik kepada industri penerbangan negara.

“Kalau dulu kita semak PSC setiap lima tahun (kali terakhir disemak pada 2017) tetapi jika dipercepatkan, alhamdulillah.

“Beliau pun faham, PSC ini bukan hanya untuk MAHB tetapi untuk pembaharuan dan perluasan lapangan terbang. Itu yang akan kita bincangkan nanti,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa MAHB di sini hari ini.

Katanya beliau akan menemui menteri tersebut berhubung keperluan pelaksanaan caj PSC untuk semua lapangan terbang.

“Kadar PSC yang dikenakan di lapangan terbang domestik dan antarabangsa adalah seragam tetapi kita juga mempunyai 18 padang terbang yang tidak dikenakan caj tersebut.

“Oleh itu, kita perlu ambil kira kita ada 39 lapangan terbang termasuk padang terbang di Malaysia dan kita perlu seimbang mengenai caj yang dikenakan,” katanya sambil menambah perjumpaan MAHB dengan Loke dijangka diadakan sebelum perayaan Aidilfitri.

Terdahulu, Loke dilaporkan telah mengarah Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk mempercepatkan kajian semula PSC bagi penerbangan domestik, ASEAN dan antarabangsa.

Menteri itu berkata MAVCOM dijadualkan mengumumkan kadar baharu pada 1 Januari 2020, namun beliau sudah mengarahkan kajian semula dilaksanakan secepat mungkin dan berharap kadar baharu diumumkan seawal tahun depan.

Katanya ia susulan arahan penyeragaman kadar PSC di semua lapangan terbang seluruh negara bermula Januari lalu, dengan RM11 bagi penerbangan domestik, RM35 (ASEAN) dan RM73 (destinasi antarabangsa selain ASEAN). – BERNAMA

Tags: MAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd