• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Umum Hanya Ada 10 Kementerian Penting

oleh
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJUTAN… Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pakatan Harapan (PH) bersetuju anggota jemaah Kabinet diumumkan esok dan sebagai permulaan hanya ada 10 kementerian utama yang dibentuk.

Perdana Menteri paling tua di dunia itu berkata, semua empat pemimpin utama parti komponen daripada PKR, PAN, DAP dan PPBM bersetuju pada masa ini hanya Kabinet kecil dibentuk membabitkan kementerian penting.

“Kita tidak perlukan Kabinet yang besar. Untuk itu kami namakan 10 kementerian saja dan tidak namakan menteri. Setiap parti diberikan mandat untuk menentukan dan menamakan calon Menteri yang mereka fikirkan sesuai.

“Kami memberikan masa kepada setiap parti untuk bermesyuarat dan memilih kementerian yang mana mereka mahukan untuk meletakkan calon masing-masing. Majlis Tertinggi Presiden PH akan meneliti nama setiap calon.

“Ini untuk menentukan barisan Kabinet,” kata Mahathir yang juga Pengerusi PH dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Al-Bukhary di ibu negara, hari ini.

Turut hadir ialah Presiden PH selaku Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAN, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah.

PH yang tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), melakar sejarah apabila menang Pilihan Raya Umum ke-14 kelmarin menumbangkan kerajaan Barisan Nasional diterajui UMNO yang berkuasa lebih 60 tahun.

Dalam pada itu, Mahathir juga mengumumkan secara rasmi pelantikan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mengumumkan nama kementerian bakal diwujudkan tersebut antaranya Kementerian Kewangan.

Turut ditubuhkan ialah Kementerian Dalam Negeri selain Pertahanan; Pendidikan; Pembangunan Luar Bandar; Ekonomi; Kerja Raya; Pengangkutan; Multimedia, Sains and Teknologi dan tidak ketinggalan Luar Negeri.

Beliau menegaskan pendekatan sama rata akan dipraktikkan bagi menentukan Menteri dalam barisan Kabinetnya dan mendakwa kononnya beberapa lagi tambahan kementerian lain akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Semua wakil parti dalam PH akan diberikan jawatan tertentu dan setiap kementerian mempunyai kekuatan dan keutamaan masing-masing berdasarkan peranannya,” kata Mahathir lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ucapan Hari Lahir Diana Buat Suami Sentuh Hati Netizen

Next Post

Pasukan Bersenjata Iran Serang Israel Dari Syria

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Pasukan Bersenjata Iran Serang Israel Dari Syria

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd