• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Disiasat Sebar Berita Palsu Jet Disabotaj?

oleh
03/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA maklum, Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sudah siasat dakwaan liar Tun Dr. Mahathir Mohamad konon pesawat peribadi yang beliau sepatutnya naik Jumaat lalu disabotaj.

Hasil keputusan rasmi siasatan pun semua orang sudah tahu apabila kes itu cuma isu teknikal kecil dan tidak ada sebarang tanda sabotaj. Malahan syarikat sewa jet mewah itu, VistaJet juga mengesahkan laporan siasatan CAAM.

Namun pembesar utama pakatan pembangkang itu terus dengan ‘drama sedih’ apabila tegar pertahankan dakwaan sabotaj konon untuk sekatnya ke Langkawi bagi hadiri penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) pada Sabtu lalu.

Kini isu itu masuk episod baharu apabila pihak polis pula akan buat siasatan terpercinci atas dakwaan itu. Siasatan bahkan akan dibuat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar atas dakwaan sengaja sebar berita palsu kepada awam.

Baca: Tiada Unsur Sabotaj Jet Mewah Mahathir – CAAM

Juga: Drama Simpati Mahathir Konon Jet Dirosakkan BN

Lagi: Jurutera Dedah Isu Tayar Jet Kempis Konon Sabotaj

Dan: Konon Disabotaj, VistaJet Sahkan Masalah Teknikal

Langkah ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim kepada wartawan semalam. Katanya satu laporan polis berkaitan dakwaan berkenaan sebenarnya telah dibuat untuk kertas siasatan dibuka.

Akta Antiberita Tidak Benar itu menetapkan tertuduh yang disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak lebih RM500,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kertas siasatan yang kita buka setakat hari ini untuk PRU di ibu negara adalah lapan kes termasuk satu mengikut Akta Antiberita Tidak Benar membabitkan Mahathir yang kata kapal terbang beliau disabotaj,” jelas Mazlan lagi.

Jika ini berlaku dan dibawa ke mahkamah oleh pihak pendakwa raya, Mahathir bakal menjadi individu berprrofil yang pertama didakwa di bawah akta baharu itu bagi kekang berita fitnah tular. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Akta Antiberita Tidak BenarjetMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ECRL: 70 Peratus Bahan, Pekerja Rakyat Tempatan

Next Post

NGO Telugu Selar PH Dakwa Bahasa Etnik Itu Bangladesh

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

NGO Telugu Selar PH Dakwa Bahasa Etnik Itu Bangladesh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd