• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Bawa Malaysia Kembali Kepada Zaman SST

oleh AK-47
10/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKYAT Malaysia bakal berdepan suasana sistem percukaian lama yang banyak ketirisan apabila Pakatan Harapan (PH) dijangka memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Ia dilakukan oleh blok pakatan longgar tersebut sebagai menunaikan janjinya konon berhasrat bagi menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti pernah dicadangkan dalam manifesto mereka sebelum ini.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka akan menggantikan sistem tersebut dengan SST yang berkadar lebih 16 peratus dan pernah diguna pakai sebelum ini oleh peniaga untuk memperdayakan pihak Kastam.

Katanya, pemansuhan GST penting kerana pelaksanaannya konon didakwa sebagai membebankan rakyat marhaen dan dimomokkan telah menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan harian.

“Ia bukan keputusan yang ke belakang tetapi kita akan mansuhkan GST kerana rakyat tidak perlukannya.

“Oleh itu kita akan kembali ke SST yang dimansuhkan kerajaan sebelum ini,” kata Mahathir yang disebut bakal menjadi perdana menteri ketika dipetik laporan oleh Harian Metro.

Pemansuhan GST antara 10 perkara dalam manifesto gabungan parti politik yang terpaksan bertanding menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ekoran PH tidak diiktiraf Jabatan Pendaftar Pertubuhan.

PH juga sebelum ini telah mengumumkan rancangan itu dalam  tempoh 100 hari pertama selepas mengambil alih Putrajaya namun Mahathir pernah mendakwa mereka sendiri sukar menunaikan kesemua janjin populis itu.

GST yang diperkenakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1 April 2015 menetapkan kadar enam peratus berbandding SST pula 16 peratus iaitu terendah di rantau ASEAN dan antara paling rendah di dunia.

Malah GST tidak dikenakan kepada ratusan barangan makanan asas antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, cili, rempah ratus, ikan masin, perkasam, cencalok, budu dan belacan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: GSTSST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Selangor Tidak Pengaruhi Agong Lantik PM

Next Post

Angkat Sumpah Kerajaan P.Pinang Selewatnya Sabtu

Related Posts

Penambahbaikan SST Dijangka Jana Hasil RM51.7 Bilion Pada 2025 – Amir Hamzah

Penambahbaikan SST Dijangka Jana Hasil RM51.7 Bilion Pada 2025 – Amir Hamzah

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Mei, 2025, dianggar menjana hasil sebanyak...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Next Post

Angkat Sumpah Kerajaan P.Pinang Selewatnya Sabtu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd