• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Loris Karius Sila Datang Ke Rimini”

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENJAGA gol Liverpool Loris Karius ditawarkan laluan keluar dari Anfield.

Karius berdepan mimpi ngeri apabila pasukannya tewas di tangan Real Madrid pada aksi final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad lalu.

Penjaga gol kelahiran Jerman itu dikecam kerana melakukan dua kesilapan mudah yang memberi laluan kemenangan 3-1 Real di Kiev.

Spekulasi mula tersebar bahawa kedudukan Karius sudah tidak lagi selamat apabila Liverpool berminat untuk membawa masuk Gianluigi Donnarumma dari Milan dan Alisson (Roma).

Malah kelab divisyen tiga Itali, Rimini FC menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Karius secara pinjaman selama satu musim.

“Pada 22 Jun, Karius akan berusia 25 tahun. Saya ingin melihat penjaga gol itu mewakili Rimini.

“Saya akan gembira jika dapat bertemu dengannya di Rimini dan mengingatkannya bahawa dia perlu berani untuk memahami pengajaran terbaik dalam hidup, amat mencabar dan sukar ditanggung.

“Kita semua pernah melalui pengalaman seperti ini, malang baginya, pengalaman itu dihadapan jutaan orang. Saya ingin membantu Karius menjadi contoh dalam bola sepak, seperti dalam hidup, jatuh dan kemudian bangun berdiri di atas kaki sendiri.

“Saya mahu menawarkan hadiah sempena hari lahirnya. Setahun kontrak bersama Rimini FC, kelab ideal untuk memulihkan semula ketenangan, kepercayaan diri dan kekuatan untuk merealisasikan impiannya,” kata Presiden Rimini Giorgio Grassi dalam surat terbuka kepada Karius. – mStar Online

Tags: Liverpoolpenjaga gol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nenek Dan Cucu Rentung Dalam Kebakaran

Next Post

Lempar Bungkusan, Pos Malaysia Beri Amaran Keras

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

Next Post

Lempar Bungkusan, Pos Malaysia Beri Amaran Keras

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd