• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lombong Bauksit, Jaga Alam Sekitar

oleh AK-47
17/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMPOH moratorium aktiviti perlombongan bauksit di daerah Kuantan perlu dilanjutkan jika kerajaan negeri masih tidak mengikuti undang-undang dan enakmen perlombongan sedia ada.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri perlu mematuhi undang-undang jika ingin kembali menghidupkan aktiviti perlombongan bauksit di Pahang.

Ini kerana, beliau mendakwa aktiviti pengeluaran bauksit yang dilakukan sebelum ini tidak mengikut garis peraturan ditetapkan.

“Saya yakin jika kerajaan negeri dan syarikat perlombongan melakukannya (melombong bauksit) dengan betul maka alam sekitar dapat dijaga dan diselamatkan, malah keuntungan hasil bauksit itu dapat ditingkatkan.

“Ini buat secara sesuka hati akan menyebabkan pencemaran dan kerosakan lain… rakyat juga akan marah,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tempoh moratorium yang sepatutnya tamat pada 30 Jun 2017, akan dilanjutkan sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada 27 Mac lalu, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit yang bermula 15 Januari 2016 dilanjutkan sehingga 30 Jun 2017 bagi memberi peluang pengusaha menghabiskan baki stok.

Fauzi yang juga bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, berkata terserah kepada kepimpinan kerajaan negeri baharu dan kerajaan Persekutuan untuk berbincang bagi menyelesaikan isu itu.

“Apa yang penting adalah kesejahteraan rakyat perlu diutamakan… jika ingin diteruskan jalankan dengan sistematik dan mengikut peraturan.

“Mengapa dahulu di Raub, Lipis, Paya Besar dan Rompin aktiviti perlombongan boleh dijalankan mengikut peraturan?” katanya.

Katanya, Pahang adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi berbanding negeri lain dan ia mampu menjana pendapatan ratusan juta ringgit setahun sekiranya ditadbir urus dengan baik. – Metro Online

Tags: bauksitPerlombongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Hassanal Saran Hentikan Aktiviti Lombong Di Tasik Chini

14/06/2021
0

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan aktiviti perlombongan di...

Pahang Bertindak Atas Dakwaan Tasik Chini Diceroboh

22/02/2019
0

SATU tindakan bersepadu dilakukan petang semalam melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan berikutan aduan mengenai aktiviti perlombongan yang berleluasa berlaku berhampiran Tasik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd