• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dipercayai VIP Cedera Ditembak 9 Das

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang jurujual telefon bimbit cedera pada bahagian lengan dan bahu kanan serta paha selepas ditembak seorang lelaki dalam kejadian di lampu isyarat di Jalan Sentosa berhampiran medan selera Taman Sentosa, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun berkenaan baru saja keluar dari medan selera Sentosa Corner selepas bersarapan bersama rakannya dan masuk ke dalam kereta jenis Honda Accord untuk pulang ke rumah di Machang Bubok, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ketika berhenti di lampu isyarat di Jalan Sentosa, di sini seorang lelaki dengan muka bertutup yang berada di dalam sebuah kereta muncul secara tiba-tiba dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta mangsa sebelum melarikan diri.

“Mangsa berjaya keluar dari kereta tersebut. Ketika itu kereta itu menggelongsor ke depan dan melanggar sebuah kereta Toyata Hilux.

“Mangsa telah dibantu oleh orang awam yang berada di medan selera berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Bukit Mertajam. Mangsa dalam keadaan selamat dan boleh bercakap. Mangsa kini dalam keadaan stabil,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis menemui 11 kelongsong peluru di jalan raya berhampiran kereta mangsa dan usaha mencari suspek sedang dijalankan.

Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beri Keutamaan Kepada Kebajikan Rakyat

Next Post

Iesya Toh Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Related Posts

TERKINI: Empat Lagi Ditahan Berkait Kes Tembak Di Simpang Renggam

TERKINI: Empat Lagi Ditahan Berkait Kes Tembak Di Simpang Renggam

21/02/2025
0

JOHOR BAHRU: Polis menahan menahan empat lagi suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes tembakan di Machap, di Simpang...

‘Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut’

‘Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut’

10/02/2025
0

Shah Alam : "Kami sekeluarga berdepan detik mencemaskan selama 45 minit di dalam kereta bersama lelaki itu yang mengacu pistol...

Next Post

Iesya Toh Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd