• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 100 Maut Boeing 737 Terhempas

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAVANA – Lebih daripada 100 penumpang terbunuh manakala tiga lagi terselamat dalam tragedi membabitkan pesawat Boeing 737 yang terhempas semalam.

Pesawat itu yang sedang dalam penerbangan domestik ke Holguin di timur Cuba, terhempas sejurus selepas meninggalkan Havana pada jam 11 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pesawat berkenaan membawa bersama 104 atau 105 penumpang termasuk lima kanak-kanak dan sembilan kru pesawat.

Media tempatan juga melaporkan, lima daripada penumpang termasuk kru pesawat itu adalah rakyat asing.

Ia disahkan kerajaan Mexico yang memberitahu rakyat mereka adalah antara penumpang terbunuh dalam nahas terbabit.

Presiden Miguel Diaz-Canel dalam satu kenyataan menerusi stesen televisyen berkata, kemalangan berkenaan adalah berita buruk buat negaranya, berikutan jumlah kematian yang tinggi.

“Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran pada pesawat itu dan pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti kesemua mayat.

“Punca nahas masih belum diketahui dan ia masih dalam siasatan,” katanya.

Seorang saksi, Gilberto Menendez yang mengusahakan restoran berhampiran lokasi kejadian di kawasan pertanian Boyeros berkata, beliau dan pelanggan mendengar beberapa letupan sebelum melihat asap tebal berkepul di udara. – Reuters/BH ONLINE

Tags: mexicoNahas Pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

01/01/2026
0

MEXICO: Seorang usahawan terkenal, Alberto Prieto, dilaporkan dib*unuh oleh kumpulan kartel selepas beliau enggan membayar yuran perlindungan yang dituntut oleh...

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

06/12/2025
0

MEXICO akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 di Mexico City pada 11 Jun, 16 tahun selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd