• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Kejutan Gimnas Malaysia Di Kejohanan Asia

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad gimnastik berirama senior negara mencipta satu lagi kejutan apabila memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2018 yang berlangsung di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur di sini.

Kejayaan mereka mempamerkan kemahiran yang mantap dalam acara lima gelung berkumpulan itu berjaya memikat barisan juri.

Pasukan negara dibarisi Koh Jei Yi, Chan Mei Thung, Nur Naieme Zainul Ariffin, Rachel Cheng, Tee Wei Wen dan Shak Yuki meraih pingat gangsa selepas mengumpul 16,200 mata bagi menewaskan pencabar terdekat, China yang mengutip 13,700 mata.

Pingat emas dimenangi Jepun yang mengutip 17,750 mata, manakala Kazakhstan meraih perak dengan 16.750 mata.

“Selepas berakhir Sukan SEA tahun lepas, pasukan negara meneruskan latihan awal tahun ini bagi menghadapi Kejohanan Asia. Saingan ini cukup sengit dan kejohanan kedua terbesar bagi acara berkumpulan selepas Kejohanan Dunia,” kata jurulatih negara, Eriko Akibayashi.

Eriko yang berasal dari Jepun cukup berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap kejayaan podium itu akan memberi motivasi kepada gimnas negara untuk menampilkan aksi terbaik pada hari terakhir kejohanan itu esok.

Sementara dalam acara all-around individu senior, Amy Kwan Dict Weng mengakui kesilapan yang dilakukan dalam rutin riben menyebabkan kedudukannya terjejas.

“Saya tidak tahu apa silapnya hari ini. Saya tidak pernah melakukan kesilapan besar seperti itu, termasuk ketika latihan dalam apparatus riben walaupun saya tahu prestasi saya tidak berapa baik dalam acara berkenaan.

“Apa pun saya tidak mahu terbawa-bawa dengan keputusan hari ini, dan mahu menebusnya dalam acara individu,” kata gimnas berusia 23 tahun itu.

Dalam acara berkenaan, Amy menamatkan saingan di tempat ke-10 selepas mengumpul 54.450 mata, manakala seorang lagi gimnas Malaysia, Izzah Amzan di kedudukan ke-13 dengan 51.950 mata.

Beliau berpeluang mendapatkan kembali keyakinan dalam apparatus individu apabila berjaya berada dalam kelompok lapan terbaik dalam rutin riben dan belantan.

Sementara Izzah akan bersaing dalam rutin bola.

Acara all-round individu senior dimenangi gimnas Kazakhstan Alina Adilkhanova dengan 63.250 mata, manakala gimnas Uzbekistan Sabina Tashkenbaeva dan Nurinisso Usmanova, masing-masing meraih perak dan gangsa selepas mengumpul 62.750 dan 61.800 mata. – BERNAMA

Tags: gimnas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gimnas Kebangsaan Berkongsi Pingat Emas

18/09/2018
0

IPOH – Dua gimnas kebangsaan, Siti Nur Bahirah Husniah Ahmad dan Greanie Ng berkongsi pingat emas dalam acara keseluruhan individu...

Rayna Cipta Kejutan Raih Gangsa Pada Kejohanan Asia

02/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Gimnas remaja Malaysia, Rayna Hoh Khai Ling mencipta kejutan apabila meraih pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd