• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kolej Komuniti Jeli Akan Dibina Di Bukit Bunga

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Penyandang kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Kolej Komuniti Jeli akan dibina di Bukit Bunga di sini dan tendernya diluluskan dalam tempoh dua minggu lagi.

Kolej Komuniti Jeli akan dibina di kawasan seluas 3.2 hektar itu melibatkan kos RM30.5 juta dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pembinaan kolej itu adalah penting untuk melahirkan graduan dan usahawan berdaya saing seterusnya berjaya dengan kemahiran yang dipelajari di kolej tersebut.

“Ia merupakan agenda pembangunan kami (Barisan Nasional) di Kelantan untuk memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah kolej itu di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Datuk Adhan Kechik.

Mustapa yang juga calon BN di kerusi DUN Air Lanas berkata selama 12 tahun, Kolej Komuniti Jeli menjalankan operasinya di premis kedai yang disewa di bandar baru Bukit Bunga.

Kolej komuniti itu adalah yang kedua terbesar dibina di negeri ini selepas Kolej Komuniti​​​​​​​ Kota Bharu di Ketereh, katanya.

Beliau berharap rakyat mendapat memberikan mandat kepada BN pada PRU14 ini untuk parti itu melaksanakan agenda pembangunan di Kelantan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa MohamedKolej Komuniti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemasukan Pelajar Baharu UA, IPTS Mulai 1 Julai

28/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Kemasukan pelajar baharu universiti awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi...

Permohonan Ke UA, IPG, Politeknik, Matrikulasi, ILKA Dibuka Isnin

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar ke 20 universiti awam (UA) dan beberapa insitusi pendidikan tinggi awam (IPTA) lain melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd